Jual Durian 6 Kilogram Hanya Pada Harga RM10. Disini Lokasinya..

Berita semasa selalu mengaitkan harga durian dengan harga jualan yang mahal dan tidak berpatutan.

Namun lain pula kali ini, apabila seorang penjual di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan menjual hanya RM10 untuk 6 kilogram durian.

Gambar hiasan

Penjual tersebut dikenali sebagai Shahmi Azani, dan dia ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati durian, pada harga murah semasa pelaksanaan PKP ni.

Menurutnya, harga jualan semurah itu mula dijual bermula kelmarin sehingga Jumaat ini.

Jualan durian pada harga tidak masuk akal itu, ekoran daripada rungutan orang ramai yang mendꭤkwꭤ durian dijual pada harga sangat mahal.

“Pendekatan ini dilakukan selepas saya turut menerima rungutꭤn orang ramai yang tidak mampu membeli, namun teringin makan durian.

Dia juga merupakan seorang pemborong durian di kawasan kampung itu dan mampu menjual sebanyak 12 tan setiap hari, bermula 8 pagi sehingga 7 petang.

Jika bekalan durian agak terhad, dia hanya menjual sehingga 2 petang.

“Semua bekalan durian ini dibawa dari luar Kelantan iaitu kawasan ke kebun di Tangkak, Johor, Jelebu (Negeri Sembilan) dan Banting (Selangor),” katanya.

Malah, dia juga tidak pernah berkira dengan mana-mana pelanggannya dan mahu menjual pada harga berpatutan, ujarnya.

Gambar hiasan

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: Kosmo Via newsagencylive

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini