JKM Salur B4ntuan Bulanan Kepada Wanita HamiI Did3ra Suami -Rina..

SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Wanita h4mil yang k0ma aklbat dipvkul suami, Jahidah Nordin menerima b4ntuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masy4rakat (JKM), mulai bulan hadapan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masy4rakat Datuk Seri Rina Harun berkata, surat kelulusan Bantuan Pes4kit Terl4ntar diserahkan ketika mengunjungi wanita itu di kediaman adiknya, Fauziah Nordin di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan hari ini.

Beliau berkata, b4ntuan itu bagi meringankan beb4n Fauziah dalam menguruskan keperluan perubatan kakaknya berusia 43 tahun itu, yang memerluk4n bel4nja besar.

“Mulai bulan Julai, Jabatan Kebajikan Masy4rakat akan menyalurkan RM500 secara bulanan. Hari ini juga saya menyampaikan b4ntuan RM1,000 serta keperluan lain, seperti pampers dan sebagainya.

“Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), turut menyumbangkan bantuan keperluan susu kepada Jahidah dan difahamkan beliau memerlukan 800 gram susu bagi kegunaan dua hari, jadi sebanyak 15 hingga 18 tin susu diperlukan dalam sebulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rina berkata, pihaknya memandang serius isu keganasan rumah tangga dan meminta mana-mana wanita yang menjadi mangsa dera, supaya tampil membuat aduan kepada pihak berkaitan.

Ketika pertemuan itu, Rina berkata beliau diberitahu oleh Fauziah bahawa, kakaknya berubah menjadi seorang pendiam sejak berkahwin, selain turut menerima maklumat daripada rakan setugas kakaknya itu kerap terlihat kesan lebam di anggota badan Jahidah, sebelum ini.

“Tugas kita sebagai masyarakat, ahli keluarga sekiranya mengetahui sesuatu yang mencurigakan terhadap anggota keluarga atau kawan, tolong laporkan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sehingga 20 Jun, sebanyak 529 kes keganasan rumah tangga direkodkan JKM dan Pusat Panggilan Talian Kasih.

Sementara itu, Fauziah ketika ditemui berterima kasih dengan keprihatinan diberikan pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan, untuk menampung perbelanjaan bulanan menguruskan kakaknya itu.

Beliau juga berkata, kandungan kakaknya dalam keadaan baik dan berharap orang ramai dapat mendoakan kakaknya sembuh seperti biasa.

Sumber: BERNAMA Via news60post

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini