Jika Dulu Pernah Dihina, Awang ‘Durian Mustaqim’ Kini PopuIar

Sejak menonton sebuah video yang memaparkan seorang pemuda kµrang upaya diejek dan dih1na, penggiat Y0uTube atau Y0utuber, Muhamad Sukri Sulaiman tekad menjadikan insan istimewa tersebut terkenal dan dihormati masyarakat.

Muhamad Sukri, 27, berkata selepas menonton video tersebut sekitar 2018, beliau terus menjejaki Muhammad Hafizuan Muhammad Adam, 28, atau lebih dikenali sebagai Awang.

Tujuannya ialah untuk menjadikan pemuda yang mengalami masalah pembelajaran itu sebagai seorang selebriti menerusi kemunculan dalam video terbitan syarikat produksinya, Sukri Sulaiman Pr0duction.

“Apabila saya tengok video di Inst4gram yang mengejek Awang (Muhammad Hafizuan) dengan perkataan yang tidak sedap didengar membuatkan saya berasa sangat mar4h dan sejak itu, impian saya tiada lain tetapi hanya ingin orang hormatkan Awang,” katanya.

Muhamad Sukri berkata, beliau terpaksa menunggu selama setahun untuk mendapatkan Awang memandangkan ketika itu dia masih terikat dengan sebuah syarikat pr0duksi lain.

“Setelah setahun dan syarikat produksi tersebut tidak lagi mampu menguruskan Awang kerana tiada pengambaran video dan tawaran pengiklanan produk, akhirnya saya berjaya membawa Awang mengikut saya pada hujung tahun 2019. Sejak itu, bermulalah perjalanan kami menghasilkan video bersama-sama,” katanya.

Katanya, selain pengiklanan produk dan ulasan makanan serta perkhidmatan, kebanyakan video yang menampilkan Awang berkaitan isµ semasa dan masyarakat seperti bola sepak serta kehidupan berumah tangga.

Antara karya yang mendapat sambutan luar biasa adalah beberapa siri video berjudul ‘Durian Mustaqim’ dihasilkan Julai tahun lepas yang memaparkan realiti semasa mengenai durian, termasuk harga yang tinggi, menjadi fen0mena ketika itu di platform media sosi4l seperti Y0uTube, Faceb00k, Tik T0k dan Ig.

Lebih membanggakan, pada 11 Ogos 2021 salurannya telah dianugerahkan ‘Youtube Silver Play Butt0n’ selepas mencecah 100,000 pelanggan.

Menurut Muhamad Sukri, meskipun dilahirkan sebagai orang kurang upaya (0KU) lemb4m, Awang tidak sµkar diurus, malah mudah mendengar kata dan memahami arahan yang diberikan. Katanya, sikap pemuda itu yang spontan, jujur dan kelakar telah berjaya menambat hati peminat, sama ada dari dalam atau luar Terengganu.

“Dia tidak pernah bercakap kasar dengan sesiapa pun. Sekarang ini pergilah ke mana sahaja pasti akan ada yang menyapa Awang dan ingin berswaf0to dengannya dan Awang akan melayan permintaan peminat dengan baik,” cerita Muhamad Sukri.

Beliau juga bersyukur kehidupan Awang kini bertambah baik kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri berserta caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), selain telah mengikat k0ntrak selama dua tahun sebagai duta bagi sebuah syarikat perniagaan emas yang terkenal.

“Sebelum ini Awang tidak ubah seperti kanak-kanak. Dia akan berjalan-jalan dan bermain seorang diri. Awang juga sangat 0bses dengan buaian dan akan menghabiskan masanya bermain buaian di taman permainan berdekatan rumahnya di Kampung Seberang Pintasan di Dungun,” katanya sambil menambah ibu Awang yang menguruskan kewangan pemuda itu.

Impian untuk menjadikan Awang terkenal dan dihormati kini telah tercapai, namun beliau tidak dapat lari dari tohmahan segelintir masyarakat yang mendakwa kononnya beliau mempergunakan insan istimewa itu.

Walaupun berasa agak terkilan, Muhamad Sukri tidak menghiraukan perkara itu kerana yakin segala usahanya adalah demi membela nasib Awang dan inginkan pemuda itu berdikari.

“Sebelum kehadiran Awang saya sudah ada 300,000 pengikut di Faceb00k, saya juga memang telah lama menjadi Y0utuber. Jadi anggapan segelintir pihak itu pada saya tidak berasas,” katanya.

Sumber Bernama

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini