Jepun Cipta ‘Face Mask’ Bercahaya Jika Kesan Virus Covid-19, Dicipta Dari Sel Burung Unta

Bukan senang nak tahu kalau kita dijangkiti Covid-19 atau pun tidak kan? Lagi-lagi kalau tak ada simptom. Entah-entah kita pernah je dijangkiti tapi tak sedar. Boleh jadi kan?

Mungkin disebabkan ini juga, saintis di Jepun telah mencipta pelitup muka yang bercahaya di bawah sinaran lampu ultraviolet (UV) bila dicemari dengan virus Covid-19.

Untuk pengetahuan korang, lapisan dari pelitup muka yang dicipta ini boleh dibuka dan bila disembur dengan cecair kimia dan diletakkan di bawah lampu UV, ia akan bercahaya kalau didapati ada virus Covid-19.

Menurut dezeen, ketua kumpulan pengkaji dari Universiti Kyoto, Yasuhiro Tsukamoto ini mengatakan mereka mendapat idea dari burung unta yang diketahui mempunyai sistem imunisasi yang kuat.

Burung unta jarang mati disebabkan kekotoran, cedera ringan atau penyakit dan biasanya hidup selama 60 tahun.”

Disebabkan rahsia burung unta yang boleh hidup lama dan ketahanan dalam melawan penyakit berjangkit, Yasuhiro membuat keputusan untuk mengkaji antibodi burung unta ini.

Jika jangkitan virus ini boleh dikesan dengan meletakkan lapisan yang mempunyai antibodi burung unta ke pelitup muka yang digunakan hari-hari oleh hampir semua penduduk di seluruh dunia, orang yang dijangkiti tanpa simptom ini boleh dikesan dan dirawat dengan lebih awal.

Bukan tu je, alat ini juga sangat mudah digunakan dan tak mahal serta boleh mengelakkan ia dari merebak ke tubuh manusia.”

Selain itu, Yasuhiro juga berharap kaedah yang dihasilkannya ini dapat digunakan juga untuk virus lain supaya ia dapat dikesan dari peringkat awal.

Eh menarik jugak ciptaan terbaharu ni. Senang nak detect lepastu tak mahal. Ini yang kita nak!

Sumber: Lobak Merah

Waspada Dos Penggalak!!

SEJAK mula diperkenalkan pada Oktober lalu, pemberian dos penggalak bagi kumpulan petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid di­lihat seolah-olah kurang mendapat sambutan.

Perkara itu terbukti apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sebanyak 45 peratus daripada penerima dos penggalak gagal hadir janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Tinjauan di ruang komen hantaran mengenai dos penggalak di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati ramai yang meluahkan rasa bimbang mengenai kesan selepas me­nerima dos penggalak dan ramai juga yang terpengaruh dengan maklumat-maklumat tidak sahih berkenaan dos penggalak.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan sejauh mana kajian terhadap dos penggalak yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum melancarkan pemberian dos berkenaan kepada individu yang layak.

Dapatan KKM juga menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ramai pene­rima tidak hadir mendapatkan dos penggalak kerana kurang pasti mengenai keberkesanan dan kepentingannya, takut de­ngan campuran vaksin dan tidak mengambil peduli mengenai dos penggalak.

Memetik penulisan artikel Pakar epidemiologi, Dr. Moy Foong Ming baru-baru ini, beliau sendiri meluahkan rasa kecewa apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah tentang keselamatan dos penggalak daripada jenis vaksin berbeza dengan yang asal.

Katanya, punca utama vaksin jenis Sinovac dicampurkan de­ngan vaksin lain adalah kerana campuran Pfizer dan AstraZe­neca akan menghasilkan tahap keberkesanan sehingga 94 ke 95 peratus, manakala menggunakan Sinovac sebagai penggalak hanya berkesan 75 peratus.

“Malangnya, terdapat banyak maklumat yang tidak sahih ber­kaitan campuran jenis vaksin di­sebarkan di media sosial.

“Susulan itu, ramai individu terpengaruh dan menolak vaksin Pfizer sebagai penggalak. Perkara ini jelas menjejaskan usaha KKM untuk memberikan perlindu­ngan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Pakar Virologi UKM, Prof Madya Dr. Nazlina Ibrahim berkata, penerima dos penggalak perlu tahu bahawa tujuan utama pemberian dos berkenaan adalah bagi mencapai perlindungan optimum terhadap jangkitan Covid-19.

“Dos penggalak akan membantu meningkatkan semula ge­rak balas imun terhadap jangkitan sebenar virus sama ada daripada varian asal atau varian membimbangkan (VOC).

“Kebelakangan ini, bilangan kemasukan ke hospital serta memerlukan rawatan bantuan pernafasan dan perhatian di unit rawatan rapi (ICU) mula meningkat. Maka, KKM wajar menggesa supaya semua pihak yang telah mendapat tarikh janji temu dos penggalak untuk hadir bagi me­nerima dos suntikan,” katanya.

Jelasnya, pemberian lengkap mana-mana jenis vaksin adalah 83 hingga 88 peratus berkesan menghalang kematian, gejala teruk Covid-19 serta mencegah kemasukan ke ICU.

Justeru, galakan pengambilan vaksin juga bukan satu propaganda, tetapi berdasarkan kea­daan sebenar yang berlaku dalam ge­rak balas keimunan yang khusus terhadap SARS-CoV-2 dan persediaan vaksin berkaitan.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini