“Jen4zah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib K0ngsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Arwh

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berk0ngsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat.

Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berk0ngsi pengalamannya mengendalikan jnazah isterinya.

“Sewaktu saya turunkan dia di liang lahad, liang lahad tu nampak kecil. Saya risau akan ada kesukaran seperti tersangkut dan sebagainya tetapi Alhamdulillah kuasa Allah. Proses menguruskan jnazah sangat mudah.

“Saya uruskan jnazah beliau bersama lima lagi individu. Sewaktu saya uruskan jenazah terasa sangat ringan”, k0ngsinya.

Malah, Shuib sempat berk0ngsi bahawa dia menerima ketentuan Qada dan Qadar dari Tuhan di atas pemergian isterinya.

“Siti Sarah bukan milik saya. Dia milik Allah. Allah pinjamkan dia untuk saya selama 11 tahun dan 11 tahun itu juga banyak yang saya telah belajar daripadanya.

“Dia seorang isteri yang luar biasa hebat. Dia bersama saya sewaktu saya tiada apa-apa. Beliau tidak pernah malu bersuamikan saya malah beliau yang sentiasa memberi semangat untuk saya supaya tidak mudah menyerah.

“Apa yang saya miliki hari ini adalah tuah daripada isteri saya. Saya hanya menumpang,” luahnya sayu.

Malah, menurut Syuib lagi Siti Sarah merupakan insan yang tidak pernah lekang dari bersedekah malah tidak pernah mengungkit apa-apa sahaja yang diberikannya.

“Sarah berpesan kepada saya jangan pernah berkira-kira untuk memberi. Jangan pernah berkira dengan duit kerana rezeki kita akan menjadi semakin sempit”.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat ramai yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga dan berdoa agar beliau sekeluarga terus kuat berdepan dengan pemergian insan tersayang.

Di akhir kata, Shuib sempat meluahkan perasaan syukur atas kesemua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwh isterinya.

Sumber: Xtra Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini