“Jasad Sempurna, Sempat Tunai Umrah” – Bapa Dedah Amalan Anak Yang Meruntun Hati Rakyat Malaysia

Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia Kamalul Arifin, 28, yang maµt dalam kemaIangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan baru-baru ini.

Beliau rupanya baharu kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.

Lebih memIukan, pemergian AlIahyarham ke Tanah Suci dikatakan untuk sebagai ikhtiar dan berdoa bagi dapatkan zuriat.

Bapa AlIahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui hasrat beliau dan isteri Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.

“Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arw4h pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.

“Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat,” katanya.

Menurutnya lagi Nurul Nazihah,baru sahaja kembali bekerja dua had lepas dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.

Kamalul berkata meskipun sedih dengan pemergian Nurul Nazihah, beliau reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.

“Apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa keadaan jasad allahyarham masih sempurna, saya rasa syukur dan yakin ini mungkin berkat amalannya ketika hidup yang sangat tegas dalam bab agama,” katanya sambil menyifatkan anaknya itu ceria dan penyayang.

Sementara itu, sepupu kepada suami mangsa, Nurizzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata suami mangsa, Redzuan Jamil masih trauma dengan kejadian yang berlaku sehingga mengigau bertanya tentang isterinya malam tadi.

Kata Nurizzah, sepupunya itu ada bercerita bahawa ketika kejadian beliau berusaha menyelamatkan Nurul Nazihah atau lebih mesra dipanggil Azi, yang tersepit tetapi gagal sehingga orang awam bertindak menyelamatkan Redzuan melalui pintu belakang kereta.

“Saya memang tak sangka sebab Azi seorang yang periang, kelakar dan suka ambit gambar atau video” katanya.

Keluarga Nurul Nazihah dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran ketika menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dalam suasana hiba.

AlIahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum ini, kemalangan ngeri yang menimpa Nurul Nazihah menjadi perhatian seluruh negara itu sementelah tularnya video yang kejadian.

Raungan suaminya Redzuan Jamil, 28, kerana tidak sempat menyelamatkan wanita itu meruntun hati rakyat Malaysia yang tanpa sedar menitiskan air mata.

‘AWAK KELUAR KERETA DULU’.

Demikian kata-kata terakhir Nurul Nazihah kepada suami, Redzuan sebelum lelaki itu dan orang awam cuba membawa keluarnya yang masih tersepit.

Baru sahaja kehiIangan isteri tercinta, Redzuan mengimbas kembali detik cemas yang dihadapi mereka selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori.

“Ada kemaIangan di hadapan saya dan keadaan tengah sesak ketika itu. Tiba-tiba saya sedar ada impak dari belakang apabila lori lima tan rempuh kereta saya dan dua kereta lain.

“Saya cuba selamatkan isteri saya dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu sebelah isteri saya tapi tak berjaya kerana dia tersepit dekat ‘dashboard’ dan waktu itu isteri saya masih sedar.

“Selepas itu, tangki kereta saya meletup dan ada orang bawa saya keluar dari situ. Ketika itu saya tak dengar isteri panggil nama saya dan saya rasa mungkin dalam tu tak panas, dia tak panggil nama saya nampak diam sahaja,” katanya yang masih trauma.

Redzuan yang mengalami luka pada wajah akibat kemaIangan berkata AlIahyarham tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan sebelum kemaIangan namun pemergiannya sangat dirasai.

Lelaki itu mendedahkan sepanjang tempoh tiga tahun berkahwin, mereka tidak pernah berjauhan malah sentiasa menghabiskan masa bersama.

KemaIangan tragis yang meragµt dua nyawa itu menggemparkan negara. Berikut kronologi kejadian:

1- Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Mohd Fauzi Nor berkata kejadian kira-kira pukul 7.47 malam itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

2- Nurul Nazihah Kamalul yang menaiki Proton Wira ditemukan tersepit serta rentµng di dalam kenderaan terbabit.

3- KemaIangan tersebut melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak.

4- Seorang lagi ialah m4ngsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

5- Beliau berkata lori Isuzu terbakar 70 peratus tetapi pemandu dan penumpang yang dikenali sebagai S. Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, selamat.

6- Turut terbak4r Proton Wira dan Toyota Vios sebanyak 90 peratus, manakala pemandu Proton Wira dan Proton Preve terselamat.

Sumber Bernama

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini