Jar̷ak Suntik̷an Ant̷ara Dua D̷os Punc̷a Kadar Keberkesanan V̷aksin Berkur̷ang – P̷akar

Jarak suntikan antara dua dos terlalu lama punca kadar keberkesanan vaksin jat0h. Pergant0ngan rakyat Malaysia terhadap tarikh vaksin di aplikasi MySejahtera kadangkala boleh memberi kekeliruan apabila jangka masa jarak antara suntikan dua dos (interval) terlalu cepat atau lambat berbanding masa yang disarankan mengikut jenis vaksin tertentu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pnyakit Berjngkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, tiada masalah besar terhadap kesihatan sekiranya jarak masa suntikan antara dua dos pendek atau panjang namun kadar keberkesanannya akan berkurang.

“Sekiranya kita cepat atau terlambat mengambil vaksin dari jangka masa yang sepatutnya, kemudratan dari segi kesihatan itu tidak ada cuma yang kita risau adalah keberkesanannya sahaja.

“Apabila kita sudah mendapat dos yang pertama, kita sedang meningkatkan ransangan imuniti pada tubuh badan. Kita tidak mahu apabila terlalu lama jarak untuk suntikan kedua, ransangan imuniti akan jat0h kerana apabila ia jat0h, kadar untuk naik semula itu rendah,” katanya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, jika terlalu jauh jarak antara dua dos suntikan vaksin, masyarakat akan lebih terdedah dengan jngkitan C0VID-19 yang semakin berleluasa serta varian Delta yang mengga nas kerana imun sistem belum bertindak sepenuhnya.

“Kalau kita rujuk data berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, untuk vaksin jenama AstraZeneca (AZ), lagi dijarakkan lagi bagus atau lagi tinggi responnya. Namun, jika jarak masa terlalu panjang, ramai yang sudah terkena jngkitan C0VID-19 sebelum suntikan dos kedua. ‘Jangka edah’ ini yang menjadi dilema masyarakat.

“Kita juga bimbang jika terlalu lambat menunggu lengkap dua dos, masyarakat sentiasa terdedah kepada jngkitan kerana selepas dos kedua, kita memerlukan dua minggu lagi sebelum kita benar-benar mempunyai perlindungan yang mencukupi,” katanya.

Dr Sazaly yang juga pakar virologi itu bagaimanapun berpandangan bahawa jangka masa vaksin bagi pesak!t yang dijngkiti C0VID-19 sebelum menerima dos kedua perlu diberi penjarakan masa terlebih dahulu.

“Bagi mereka yang terkena C0VID-19 selepas mendapat dos pertama dan mereka pulih, mereka yang sak!t ini seolah-olah sudah mendapat ‘second booster’. Oleh itu, dos kedua patut dijarakkan lagi.

“Apabila mereka telah dijngkit, dalam masa dua minggu itu, mereka akan membangunkan antibodi sendiri. Jadi kalau hendak memberikan mereka suntikan dos kedua, jalan terbaik adalah menunggu dua hingga empat minggu lagi,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memut0skan untuk memendekkan jarak suntikan dos bagi vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.

Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, keputusan terbabit dibuat susulan ketibaan satu juta dos vaksin yang disumbangkan dari kerajaan Jepun kepada Malaysia pada Julai lalu.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, kesan pengambilan dos kedua yang cepat dari tarikh disarankan akan mengurangkan ‘Vaccine Efficacy’ (VE) dalam badan.

“Jika kita mengambil vaksin dos kedua awal daripada masa yang ditetapkan, dikhuatiri badan kita tidak mendapat respon yang secukupnya kepada vaksin di mana VE kurang dari sepatutnya.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan VE perlu 50 peratus dan jika kurang daripada itu dikira sebagai tidak efektif dan sekiranya dicucuk sekalipun, ia tidak akan memberi apa-apa perlindungan kepada kita. Setakat ini, vaksin diedarkan di Malaysia melebihi kadar tersebut dan berkesan terhadap C0VID-19 serta v!rus Delta,” katanya.

Dr Sharifa Ezat yang juga Timbalan Dekan Jaringan dan Penjanaan Fakulti Perubatan UKM itu berpendapat, dos ketiga atau ‘booster’ tambahan boleh dilaksanakan namun ketika ini kerajaan harus memberi penekanan untuk melengkapkan dos kedua terlebih dahulu kepada semua rakyat Malaysia.

“Di negara luar, ‘booster’ tambahan atau dos ketiga sudah mula diberikan bagi mereka yang mengambil Sinovac, terutamanya golongan berisik0 tinggi. Dos tambahan ini adalah perlu untuk vaksin yang tidak berkesan dan sekiranya kita berdepan Variant of Concern (VOC) yang tinggi seperti negara China dan Turkey.

“Oleh itu, kita boleh cuba untuk melaksanakannya di Malaysia namun pada masa ini, ia mungkin belum menjadi satu keperluan. Negara kita perlu fokus dahulu untuk memberi dua dos lengkap kepada semua rakyat kerana banyak negeri seperti Sabah, Johor dan Kelantan mempunyai liputan vaksin rendah yang menyebabkan masyarakat termasuk kanak-kanak terdedah dengan C0VID-19,” katanya.

Tambah beliau, semua masyarakat harus peka dan mengambil vaksin mengikut jumlah dos dan tarikh yang direkomen oleh pembekal serta garis panduan daripada WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

INFO:

Jarak antara dos pertama dan kedua suntikan vaksin di Malaysia

1. AstraZeneca (AZ) : 9 Minggu

2. Sinovac (CoronaVac) : 2-4 Minggu

3. Pfizer : 21 hari

Sumber Asal: MYKMU Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini