“Jangan Di Kejar Nama Unik, Moden Tapi Tak Ada Maksud” – lbu Ini Tak MaIu Letak Nama Untuk Anak lkut Zaman Dulu

Usahawan, Aisyah Hijanah berkongsi nama serta wajah cahaya mata keduanya yang baru dilahirkan pada bulan September lepas.

Menurutnya, dia tidak malu meletakkan nama anak dengan nama zaman dahulu kerana dia lebih mementingkan maksud nama tersebut dan juga nama-nama yang diambil dari nama tokoh yang terkenal pada zaman kenabian dahulu.

“Anak tak maIu ke letak nama lama-lama?”

“Ada yang tanya Aisyah tentang nama Hassan. Actually satu amanah untuk ibu bapa ni bagi nama yang baik untuk anak-anak sebab kita akan dibangkitkan dengan nama kita”.

“Ramai parents cari nama yang moden tetapi tak ada maksud. Kesian pada anak, sebab panggilan nama ni adalah doa untuk kita”

“Personally, Aisyah memang strict pasal anak-anak. Nama mestilah yang ada maksud & ada role model yang baik. Kita nak anak membesar dengan akhlak yang baik, mana nama yang kita beri mestilah yang baik-baik juga”.

“Jangan di kejar nama unik, moden tapi tak ada maksud. Carilah nama yang baik, yang ada Tokoh yamg baik, supaya Nanti bila anak kita membesar pun akhlaknya baik juga, In Shaa Allah”

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama buat putera keduanya itu.

‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif, Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali dan jasadnya kekal di atas tembok KonstantinopeI (Hassan Ulubate).

Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw. Syarif pula, bermaksud mulia yang Kami mengharapkan Putera kami Ini diberikan kehidupan dan kem4tian yang dimuliakan dari Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin dan syaitan”.

Aisyah mendirikan rumah tangga bersama Alif Teega pada 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Khadijah Hijanah 1 tahun 9 bulan dan Mohd Hassan Syarif yang baru berusia 1 bulan.

Suber IG Aisyah Hijanah

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini