“Jang4n Pernah Malu Buat Kerja Perempuan” – Lelaki Ini Bagi Nasih4t Khas Buat Para Suami..

Masyarakat Melayu kini sudah terbiasa dengan kehidupan suami isteri di mana isteri dibiarkan membuat semua kerja rumah. Kebanyakan suami (ye, tak semua) tidak menghulurkan bantuan dan kadang kala tahu beri arahan saja.

Memasak? Basuh pinggan? “Oh tu kan kerja perempuan”

Kemas bilik, rumah? “Oh tu kan kerja perempuan”

Basuh baju, mandikan anak-anak? “Oh tu kan kerja perempuan”

Apa sahaja kerja di rumah atau hal berkaitan anak-anak mesti dikatakan begitu.

“Semua tu kerja perempuan lah”

Kalau tak dibuat, dianggap bukan isteri mithali (kepercayaan apakah?) Sebab tu jangan pandang remeh dengan tenaga dan kekuatan seorang isteri. Kekuatan mengandung dan melahirkan jangan cerita lah kan. Tuhan je yang tahu.

Suami pergi kerja. Bila balik rumah, isteri minta tolong mula lah, “Abang penat baru balik kerja ni sayang”. Sedangkan mereka tidak tahu dan tidak memikirkan kepenatan seorang wanita yang bergelar suri rumah. Atau lebih teruk lagi, wanita yang ada kerjaya dan buat kerja rumah tanpa bantuan suami (lagi lah penat!)

Disebabkan mentaliti sebegini, masyarakat memandang rendah dengan status ‘suri rumah’. Kali ini, admin nak kongsikan kata-kata dari seorang lelaki yang mungkin boleh buat para suami di luar sana buka mata, minda dan ubah pandangan tentang hal ini.

Hasil coretan dari Redzuan Abd Manaf :

Jangan pernah malu buat kerja perempuan

Kemas rumah, cuci pinggan, cuci baju dan jemur pakaian. Kalau hampa sayang isteri/kakak/emak tolong masakkan sekali sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Tak payah takut dengan cakap-cakap orang buat kerja perempuan ni pondan, dayus dan tak cukup jantan.

“Takkan hilang ‘telur 2 biji’ kalau hampa tak gatal ‘punai’ pergi buat pembedahan”

Bila balik kampung, ringan-ringankan la hampa punya tulang. Jangan nak perasan anak jutawan pinggan sebiji pun nak suruh kakak yang basuhkan. Baju sehelai nak suruh emak yang cucikan. Nasi dalam periuk pun nak suruh isteri yang suapkan. Kalau hampa punya perangai macam ni, abang tak panggil hampa anak jantan abang panggil anak setan. Hahahahahaha!

Abang ajar awal-awal anak saudara abang biar depa tahu rasa susah senang. Jangan ingat mama depa ni “orang gaji upahan”. Sebab abang pun tak suka menyusahkan arwah mak abang. 1F609

#pesanseoranglelaki

Haa dengar tu pesanan abang Redzuan ni. So, para suami di luar sana tu, rajin-rajinkan lah tulang bantu isteri buat kerja rumah. Sudahlah dia yang melahirkan anak anda, semua kerja dilepaskan pada dia. Isteri ke orang gaji? Renung-renungkan lah ..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini