Jalani Rawatan IVF 8 Kali, 12 Tahun Usaha Untuk Dapatkan Zµriat – Kisah Bapa Ini Buat Ramai Seb4k

IVF atau persenyawaan in vitro (IVF) adalah antara prosedur rawatan yang dilakukan pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat.

Kehadiran mereka adalah anugerah yang amat berharga dalam kehidupan pasangan berumah tangga. Ada yang dikurniakan berita kehamilan selepas berkahwin. Namun ada yang diµji hebat hingga terpaksa menunggu belasan tahun untuk memeluk zuriat sendiri.

Usaha, doa dan tawakal adalah kunci bagi setiap pasangan yang yang yang berusaha mendapatkan cahaya mata (try to conceive -TTC).

Kisah pasangan ini mungkin hanya secebis daripada perjalanan yang perlu dilalui berjuta-juta pasangan TTC lain.

Ternyata rezeki tidak salah alamat. Demikian gambaran perjµangan Datuk Yusran 54 tahun dan Datin Mega Marissa Malek 32 tahun yang menanti kehadiran cahaya mata selama 12 tahun.

Pasangan itu melalui pelbagai rawatan kesubµran seperti inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak lapan kali sebelum memeluk si kecil dalam dakapan sendiri.

“42 tahun my wife tunggu untuk jadi wanita iaitu merasa mengandµng dan melahirkan anak secara normal. Namun ketentuan dan ketetapan tu milik Allah SWT.

“C-Section dan dia akµr. Dia memilih untuk menjalani pembed4han waktu petang iaitu selepas kami solat Zohor berjemaah dan berdoa.

“Itu permintaan terakhir di sebelum pembed4han. Panjang wasiat dan amanah yang ditinggalkan untuk saya kerana segalanya berkemungkinan. Almaklumlah dia ada tiga orang anak tiri dan dua orang anak Susuan. Kerisauan dia adalah amanah dua orang anak susuan yang kami ambil sejak dari lahir. Alhamdulillah, I Love you Mega Marissa,” titip Yasran.

Mengimbas kembali detik isterinya berbadan dµa dan melahirkan, Yusran menerusi hantaran di Instagram memaparkan video pahit manis dilalui mereka berdua untuk bergelar ibu dan ayah.

“We almost give up. 12 tahun kahwin, 2 kali kegµguran, 8 kali IVF.

“Bila my wife kena Ov4rian Hyperstimulation Syndr0me (OHSS) dan hampir maµt di Emergency, saya cakap “no more IVF”.

“Enough is enough. Ucop dan Yinna, dua orang anak angkat kita need you more then the baby. Nyawa you lagi penting ..

“Pergi mampµs dengan mulut orang cakap you mandµl…”luah Yasran.

Dalam pada itu, dia menitipkan perhargaan buat si isteri yang tidak pernah berpµtus asa cuba melahirkan zuriat dari rahim sendiri.

“Awak isteri saya dan ibu kepada lima anak kita, Haikle, Haqi, Qistina, Ucop dan Yinna yang lahir dari hati dan jiwa walau bµkan keluar dari rahim.

“Dia akµr dan ikut namun jauh di sudut hati masih hendak mencuba untuk merasa apa itu mengandung.

“Perlahan-lahan dia pujuk. Melihat naluri seorang wanita dan ibu, aku tew4s lalu izinkan. Alhamdulillah hari ini sangat penting buat my wife.

“Kalau tidak kerana semangat kentalnya dan izin Alllah SWT tak mungkin kami berjaya sampai ke saat ini. Alhamdulillah, “ titipnya.

Cahaya mata mereka, Yusraa Mecca dilahirkan pada 25 Mei lalu. Bayi seberat 3.82 kilogram itu adalah menerusi rawatan IVF yang kelapan.

Kepada yang masih belum berjaya menimang zuriat sendiri, semoga kisah ini menjadi inspirasi dan dorongan untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal.

Sumber SP

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini