Istimew4nya S0lat Subuh Berjem4ah! Andai Manusia Tahu Kelebihannya, Mereka Akan Datang Dalam Kead4an Mer4ngkak

Kata ulama tersohor Indonesia, Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah, “Jika kalian ingin melihat orang islam maka lihatlah ketika hari Raya Idul Fitri, itulah orang Islam. Tetapi jika mahu melihat orang beriman maka datanglah ke masjid ketika sholat subuh.

Apa yang kita fahami, masjid akan dipenuhi oleh ramai orang ketika hari perayaan walau pun ianya adalah solat sunat sahaja. Tapi mereka yang ke masjid untuk solat Subuh, bilangannya boleh dikira dengan jari kerana lebih ramai sayangkan tilam dan selimutnya.

Tahukah, solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq.
Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]

Apakah kelebihan solat subuh berjemaah ini yang Allah sediakan untuk orang-orang yang bangun di dini hari. Di senaraikan lima keistimewaan Allah beri untuk mereka yang solat Subuh berjemaah.

1. Apabila ia berjalan ke masjid maka setiap langkahnya akan diberikan pahala. Setiap satu langkahnya akan ditulis satu pahala kebaikan, dihapus darinya satu dosa dan akan diangkat darjatnya ke satu tingkat.
Bahkan menunggu waktu solat Subuh berjemaah itu merupakan karamah di Jannah yang Allah sahaja maha mengetahuinya.

Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang pergi ke masjid pagi atau petang hari nescaya Allah akan menyiapkan satu tempat untuknya di jannah setiap kali ia datang pagi dan petang.”

2. Apabila ia masuk masjid, maka sudah tertulis pahalanya walau belum solat lagi ketika itu.

3. Para malaikat akan memohonkan keampunan baginya dan mendoakannya selalu.

4. Apabila ia mengerjakan solat berjamaah, maka akan ditulis baginya pahala sebanyak 25 atau 27 darjat.

5. Akan dituliskan baginya pahala-pahala kebaikan, dihapus darinya dosa-dosa dan diangkat darjatnya ke tingkat yang tinggi.

Keutamaan ini berlaku untuk solat Subuh dan solat-solat lainnya. Hanya solat Subuh sahaja memiliki keistimewaan khusus yang tidak dimiliki solat-solat lainnya.