“Ini untuk Alif, mama toIong ambilkan ya” – Nora Ariffin Sebak Terima DipIoma Bagi Pihak Arw4h Anaknya

Majlis konvokesyen sepatutnya menjadi hari yang cukup bersejarah buat seorang ibu apabila melihat kejayaan seorang anak berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Bagaimanapun berlainan pula dengan situasi yang dilalui oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.

Hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar sebak dan hiba. Beliau mewakili arw4h anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvoskesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 baru-baru ini.

Melalui satu hantaran yang dikongsi di Instagram, Nora seisi keluarga berasa bangga dan gembira dengan pencapaian arwah Alif Johan.

Arw4h sempat menghabiskan pengajiannya di peringkat diploma dalam jurusan diploma perfileman di fakulti filem, teater dan animasi di uitm cawangan puncak perdana, selangor sebelum kembali menemui pencipta-nya.

“Ini untuk Alif. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah. Tahniah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.

Menerusi video yang dikongsikan laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi serba sedikit tentang perihal arwah anaknya itu.

Ujar Nora, ketika hayatnya, AIIahyarham banyak membantu beliau mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.

Menurut nora, arw4h alif menjadi antara individu yang banyak menaikkan semangat beliau selepas pemergian allahyarham suaminya, johan nawawi pada 24 mac 2017.

Setiap hari arw4h anak keduanya pasti akan bertanya khabar menerusi WhatsApp tentang keadaan beliau.

“Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami. Bagaimanapun saya reda dengan pemergian Alif. Allah lebih menyayanginya.

“Selepas pemergian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.

Perkongsian Nora menerusi Instagram mendapat respon dalam kalangan warga maya. Ramai yang menzahirkan kegembiraan atas kejayaan AIIahyarham dan dalam masa sama berkongsi rasa sayu. Ujar mereka:

– “Bersama-sama di dewan tadi. Semoga arw4h di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.”

– “Tidak tahu hendak gambarkan macam mana perasaan seorang ibu. Bangga, sedih semua ada. Moga Nora tabah.”

– “Al-Fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di syurga nanti.”

– “Innalillahiwainnalillahirojiun, tahniah Nora atas kejayaan arwah anak. Moga arwah berbahagia di sana. Aamiin Ya Robbulallamiin.”

– “Arw4h memang baik sangat dan seorang yang ceria.”

Untuk rekod, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.

Sekadar info, Dimaklumkan bahawa arw4h Alif meninggaI dunia kerana faktor genetik pada 15 Disember 2019.

Sumber IG Datuk Nora Ariffin
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini