Ini Sebab Kenapa Orang Vietnam Ramai Bernama Nguyen

Kerap kali, apabila kita menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Vietnam, kita pasti akan lihat ada pemain yang bernama Nguyen. Dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020, seramai 11 Nguyen dibawa oleh ketua jurulatih, Park Hang-Seo, dalam membawa cabaran Vietnam bagi mempertahankan kejuaraan piala teragung rantau ini.

Antaranya adalah Nguyen Van Hoang yang bermain untuk kelab Song Lam Nghe An, Nguyen Tien Linh (Binh Duong), Nguyen Quang Hai (Hanoi) dan Nguyen Van Toan (Hoang Anh Gia Lai FC).

Sebenarnya mengikut statistik, seramai 40 peratus daripada rakyat Vietnam bernama Nguyen.

Cuba bayangkan kalau 40 peratus rakyat Malaysia bernama Iqbal. Pergi mana-mana mesti akan jumpa Iqbal, kan?

Menurut Bank Dunia, populasi negara Vietnam adalah 97 juta, dan ini bermaksud seramai 38.8 juta rakyat Vietnam adalah bernama Nguyen. Lagi ramai daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia tu.

Pernahkah kita tertanya mengapa begitu ramai rakyat Vietnam bernama Nguyen? Setelah dikaji di Google dan Wikipedia, jawapannya bermula beratus tahun dahulu.

Nguyen merupakan nama keluarga dan sistem nama keluarga di Vietnam bermula kira-kira tahun 111 Sebelum Masihi ketika bermulanya penaklukan Dinasti Han dari China.

Asal Usul Nama Keluarga di Vietnam

Sebelum itu, tiada siapa tahu bagaimana orang Vietnam menamakan keluarga mereka kerana kekurangan rekod tulisan. Akan tetapi, besar kemungkinannya rakyat Vietnam tidak menggunakan nama keluarga sebelum dijajah China dan mereka cenderung untuk menggunakan nama patronim.

Nama patronim bermaksud nama anak disabitkan kepada nama ayah, seperti mana yang diamalkan oleh orang Melayu. Contohnya Bukhari bin Othman, Syafiq bin Kyle, Ole bin Solskjaer, Azmin bin Ali dan banyak lagi lah. Kalau nak senaraikan semua letih juga.

Manakala nama keluarga bermaksud nama sebutan terakhir yang diwarisi dari keturunan bapa. Contohnya Harry Potter. Nama keluarganya ialah Potter, manakala Harry adalah nama pertama atau mat saleh sebut first name.

Nama keluarga biasanya akan disambung oleh anak-anak lelaki.

Nguyen Bac, berasal dari utara Vietnam, merupakan antara Nguyen terawal yang dikenal pasti dalam sejarah Vietnam, di mana dia berkhidmat sebagai bendahara kepada Maharaja Dinh Bo Linh ketika era Dinasti Dinh.

Nak dipendekkan cerita, meskipun bertukar dinasti dan maharaja, keturunan Nguyen Bac terus kekal relevan sebagai orang penting dalam kerajaan, sehinggalah Nguyen Phuc Anh berjaya menaiki takhta sebagai maharaja sekaligus memulakan Dinasti Nguyen pada 1 Jun 1802. Ketika zaman kegemiIangannya, Phuc Anh berjaya menyatukan seluruh Vietnam di bawah pemerintahan tunggal.

Mengikut tradisi di Vietnam zaman dahulu, rakyat secara beramai-ramai akan menukar nama keluarga kepada nama keluarga sang raja demi perIindungan dan layanan baik daripada para pegawai kerajaan. Lagipun zaman dahulu kala kan tiada kad pengenalan, maka mudahlah bagi mereka untuk menukar nama keluarga.

Maka apabila naiknya Phuc Anh ke takhta negara, rakyat menukar nama keluarga mereka kepada Nguyen. Malah maharaja juga telah mengurniakan nama keIuarga Nguyen kepada ramai orang biasa sebagai penghargaan.

Lebih menarik lagi, Phuc Anh atau nama gelarannya Gia Long mempunyai jurai keturunan yang sangat ramai di mana dia mempunyai lebih 100 orang anak. Maharaja Dinasti Nguyen kedua pula, Minh Mang, mempunyai 142 orang anak secara rasmi.

Maka secara Iogiknya, dari situ keturunan Nguyen terus berkembang dan muncul sebagai nama yang paling dominan di Vietnam.

Rakyat Tidak Menukar Nama Selepas Dinasti Nguyen

Dinasti Nguyen merupakan dinasti monarki terakhir yang memerintah Vietnam, sebelum negara tersebut terbahagi kepada dua – Utara dan Selatan, akibat campur tangan Perancis.

Pada tahun 1955, 98 peratus rakyat telah mengundi untuk mewujudkan negara dengan sistem republik menerusi satu referendum, lantas membentuk Republik Demokratik Vietnam atau lebih dikenalis sebagai Vietnam Utara, manakala bahagian selatan pula membentuk negara Republik Vietnam, sebelum kembali menjadi satu negara pada 1975.

Jadi memandangkan tiada lagi dinasti maharaja yang baru ditambah pula Vietnam sudah memasuki fasa moden, maka rakyat Vietnam tidak lagi menukar nama keluarga mereka dan nama Nguyen terus kekal sebagai nama yang dominan di negara popia tersebut.

Ramai orang menyebut nama tersebut dengan sebutan ngu-yen. Jika ditanya kepada orang Vietnam, cara sebutan yang betul adalah ngu-wen, atau ng-wen, atau ng-win bergantung kepada diaIek setempat.

Sumber The Sukan

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini