Ini Satu-satunya Lebuh Raya Yang ‘menembusi’ Bangunan Yang Ada Di Dunia

Daerah Osaka merupakan bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Salah satu mercu tanda popular di daerah yang dihuni populasi meIebihi 2.7 juta manusia ini adalah sebuah lebuh raya yang ‘menembusi’ sebuah bangunan.

Di daerah Fukushima-ku di Osaka, terdapat satu kompleks bangunan yang menjadi mercu tanda dan kecanggihan teknoIogi kejuruteraan rakyat negara itu suatu ketika dahulu.

Diberi joIokan sebagai Gate Tower Building, bangunan ini bukan sahaja menempatkan ruang untuk kegunaan pejabat, tetapi turut berfungsi sebagai penghubung kepada satu laluan lebuh raya utama yang digunakan oleh ribuan kenderaan setiap hari.

Berkeluasan 85,640 meter persegi, ia merupakan sebuah kompleks bangunan tercanggih pada masa ia siap dibina. Malah, ia turut mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya bangunan di dunia yang memiliki Iebuh raya.

Reka bentuk asal bangunan ini dihasilkan oleh tiga orang arkitek tempatan bernama Azusa Sekkei, Yamamoto- Nishihara dan Kenchiku Sekkei Jimusho.

Pembinaan projek Gate Tower BuiIding dianggarkan memakan masa selama 10 tahun bermula pada tahun 1983 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1992. Ia dibina oleh sebuah syarikat kontraktor yang terkemuka di Jepun dikenali sebagai Sato Kogyo Co. Ltd.

Sebelum kompleks bangunan setinggi 16 tingkat ini dibuka, keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama di bandar Osaka sering mengalami kesesakan yang luar biasa. Sungguhpun ia dikawaI oleh petugas trafik, keadaan jalan-jalan utama di bandar tersebut tetap sesak.

Ekoran keadaan itu, pihak kerajaan mencuba pelbagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar tersebut.

Selepas pembinaan projek ini, kesesakan yang berlaku di jalan-jalan utama sekitar bandar metropolitan itu dilihat mula berkurangan. Walaupun ianya tidak menunjukkan pengurangan sepenuhnya, namun keadaan trafik mula menunjukkan keadaan terkawaI jika dibandingkan pada tahun sebelumnya.

Kompleks bangunan setinggi 16 tingkat itu turut menghubungkan lebuh raya utama yang dikenali Hansin Expressway. Mempunyai ukuran sepanjang 293.3 kilometer, lebuh raya ini boleh dilalui oleh pelbagai kenderaan sama ada ringan atau berat.

Sumber Infiniti

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini