Tindakan Seorang lelaki Ini Melayan Pelanggan OKU, Undang Pujian Ramai,”Lembut Cara Cakap”

Bukan semua orang dilahirkan sempurna. Namun, kita sebagai insan yang diberi rezeki mampu berkomunikasi dengan sempurna perlulah saling membantu buat mereka yang kelainan upaya (OKU).

Tersenyum pakcik tu lepas dipeluk
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga pemilik kedai nombor plat kenderaan dikenali sebagai ajiq_nomborplate apabila berusaha memberikan khidmat terbaik buat seorang pelanggan yang mengalami masalah bisu.

Menerusi video yang dikongsikan, dia memaklumkan yang pakcik tersebut sedikit berang selepas permintaannya untuk membuat plat kenderaan tidak seperti yang diharapkan.

Walaupun sungguh-sungguh menerangkan, namun dia masih lagi tidak berpuas hati. Enggan mengeruhkan keadaan, pengguna TikTok itu telah memeluknya dan terlihat wajah ceria pakcik tersebut.

Bayangkan macam layan seorang ayah
Dalam kapsyen yang disertakan, ajig_nomborplate itu mengakui berasa sayu melihat pakcik berkenaan berusaha menerangkan kepadanya walaupun agak tidak berpuas hati disitu.

Dia membayangkan seperti seorang bapa dan berharap agar pakcik berkenaan terus dirahmati oleh Allah S.W.T.

Kita layan sama rata
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji tindakan pemuda itu kerana melayan pelanggan dengan baik walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah.

Mereka juga mengakui sedikit sebak kerana tindakannya meredakan pakcik tersebut begitu menyentuh hati. Oleh sebab itu, masing-masin mendoakan agarp perniagaan ajiq_nomborplate terus dipermudah serta berharap agar dia mengekalkan sikap baik seperti itu.

Kita kena banyak sabar

Pakcik tu cakap dia nak tulisan kecil

Terbaik bang cara layan orang tua

Semoga bisnes makin maju

Sumber: TikTok ajiq_nomborplate

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini