Ini Adalah 3 Peristiwa B4njir Paling Bes4r Pernah Berlaku Dal4m Sejarah Malaysia….

Seperti yang kita ketahui, bencana banjir ini sudah tidak asing lagi dengan negara kita. Pada setiap tahun, pastinya akan ada berita berkaitan banjir terutamanya di sekitar negeri di Pantai Timur.

Tetapi, Malaysia sebenarnya pernah menghadapi tiga peristiwa banjir paling besar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pada zaman dahulu. Kalau korang nak tahu, jom kita rungkai satu-persatu!

Banjir besar Disember 1926- Januari 1927

Bencana yang berlaku akibat kejadian tanah runtuh di hulu sungai ini telah menyebabkan ia dirasai hampir seluruh penduduk Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai ‘Bah Besar’ atau ‘Bah Ayer Merah’. Dalam sebuah penulisan oleh J.M Gullick pula, peristiwa ini digelar sebagai “December 1926 was ‘the mother and father’ of all floods”.

Pada ketika itu, banjir hujan lebat turun tanpa henti dalam beberapa hari hingga menyebabkan paras air sungai naik sehingga 80 kaki. Manakala di Kelantan, banjir besar berlaku selama 10 hari bermula 26 Disember 1926 dan surut pada 8 Januari 1927.

Namun, keadaan bertambah buruk apabila air sungai Kelantan naik secara mendadak sehingga kawasan Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas teruk terjejas. Seluas 800 kilometer persegi kawasan di Kuala Krai telah ditenggelami air. Hampir semua kawasan di daerah Pasir Mas telah tenggelam pada waktu itu.

Manakala, di Pahang banjir mula meningkat pada 25 Disember hingga menyebabkan air melimpah dari tebing sungai dan naik dalam tempoh 24 jam sahaja. Di negeri Perak pula, banjir besar ini bermula pada 28 Disember hingga 4 Januari 1926. Ia disebabkan oleh kenaikan air di Sungai Perak termasuk anak-anak sungai di sekitarnya.

Di Terengganu pula, banjir berlaku selama 10 hari bermula dari 28 Disember 1926. Banjir itu telah menyebabkan rumah-rumah ditenggelami air sehingga ke tingkat dua serta terdapat balai polis yang tenggelam dan tinggal bumbung sahaja yang kelihatan.

Menurut kepercayaan lama orang Perak, bah telah diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu bah jantan dan bah betina. Dikatakan bah betina lebih berbahaya dan mendatangkan lebih banyak kemusnahan berbanding bah jantan.

Selain itu, kawasan di Kuala Lumpur juga turut terjejas ketika banjir besar ini. Antaranya, terdapat pejabat pos besar yang ditenggelami air sedalam empat kaki.

Bah Merah 1926 1

Banjir besar 1967

Pada tahun ini, tahun baru disambut dengan hujan lebat yang berterusan melanda negeri di timur laut Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu. Banjir tahun ini dikatakan hampir sama teruk dengan banjir pada tahun 1926. Di Kelantan ketika itu, hujan lebat telah mengakibatkan banjir besar bermula dari 2 Januari.

Pada 5 Januari 1967, lebih 250,000 orang di kawasan bandar dan luar bandar telah direkodkan terjejas akibat banjir ini. Ia juga merupakan antara banjir terbesar di bahagian barat Malaysia.

Pada waktu itu, air telah naik sangat pantas sehingga amaran tidak sempat dikeluarkan di sesetengah kawasan. Kawasan Kuala Krai antara yang paling tinggi dinaiki air pada tahun itu.

Banjirr Kuala Kangsar 1967 684X420 1
Sumber: UtusanTV

Banjir besar 1971

Banjir tahun ini telah digelar sebagai ‘adik kandung’ bah besar tahun 1926. Hampir 50% kawasan Kuala Lumpur telah ditenggelami air.

Banjir kali ini telah menenggelamkan landasan kereta api di Jalan Bangsar dan ia dikatakan juga hampir sama dengan banjir pada tahun 1926.

Tiga negeri yang paling terjejas pada ketika itu ialah Pahang, Selangor dan Johor. Pada awal tahun 1971, kebanyakan tanah rendah telah pun ditenggelami air.

Mangsa banjir paling ramai telah direkodkan sebanyak 40,000 penduduk telah dipindahkan di Pahang. Di Johor pula, hampir 17,000 mangsa dipindahkan dan di Selangor seramai 14,000 mangsa.

Rekod menganggarkan seramai 180,000 orang telah terjejas akibat banjir ini dan jumlah kerugian bernila kira-kira RM35 juta perlu ditanggung.

Ia telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan pada ketika itu. Pengisytiharaan tersebut dilakukan pada 5 Januari 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak.

Banjir 1971 627X420 1
Sumber: UtusanTV

Jadi, apa yang boleh kita buat kini ialah mengambil iktibar daripada peristiwa lepas dan menambah baik apa yang perlu agar kejadian yang sama tidak lagi berulang.

Sumber: UtusanTV

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini