Ingatkan Hanya Bergurau, emak hadiah sebiji nanas pengganti sejambak bunga di hari bersejar4h

MAJLIS konv0kesyen sememangnya dinantikan oleh para graduan kerana pada hari bersejar4h ini mereka berpelu4ng untuk menyarung jub4h konvokesyen dan merakamk4n gambar kenangan bersama lbu-bapa dan ahli keluarg4.

Perasaan ini turut dirasai Nur Shima Sahimi, 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 USIM baru-baru ini.

Pastinya menamb4h ken4ngan mani$ buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nan4s daripadanya lbunya selepas majli$ konv0kesyennya berakhir pada Isnin.

Bertuga$ kini sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, kejut4n dari lbunya itu walaupun melucuk4n tetapi menggembirakan h4tinya kerana pemberian buah nan4s tersebut sesuatu yang lstimewa baginya selain bunga konvokesyen yang diterima.

Nur Shima bersama ibu-bapa dan keluarga.

“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain.

“Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada semalam (Isnin). Selesai majlis di dalam dewan, emak minta kakak saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya.

“Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak. Masa emak cakap nak beri buah nanas tu saya gelak sahaja ingatkan emak bergurau,” katanya.

Sementara itu, Nur Shima berkata, dia menganggap pemberian nanas itu istimewa kerana masih dapat merasai pengalaman meraikan konvovkesyen berikutan pandemik Covid-19.

Malah katanya, walaupun majlis diadakan ringkas dan diadakan secara janji temu, ia memberi keuntungan kepada ibu-bapa dan ahli keluarga yang tidak perlu menunggu lama memandangkan pelaksanaan setiap sidang mengambil masa yang sekejap.

Nur Shima kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta.

“Alhamdulillah, dapat juga dan rakan-rakan lain berkonvokesyen walaupuan tiada majlis seperti kebiasaannya. Saya rasa okay sahaja pelaksanaan majlis konvokesyen secara janji temu ini kerana ibu-bapa tidak perlu menunggu lama dan pelaksanaan setiap sidang tidak mengambil masa yang lama.

“Proses pengambilan gambar graduan menggunakan skrin hijau juga cepat dan tidak perlu bersesak-sesak” tambahnya.

Akibat penularan pandemik Covid-19 pada tahun lalu, USIM menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen yang kebiasaannya dilaksanakan pada bulan November ke tahun ini.

Majlis Konvokesyen USIM dilaksanakan bermula 6 April lalu sehingga 18 April ini yang melibatkan 23 sidang secara keseluruhannya.

Dilaksanakan secara janji temu, bilangan graduan dan ahli keluarga yang dibenarkan berada di dalam dewan dikecilkan sebagai langkah pencegahan jangkitan dan penularan Covid-19.

SUmber: mstar

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini