Info, Pent1ng lbu Bapa Jang4n Abaikan Ini Selagi Umur An4k Belum Sampai 3 Tahun

Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan guru untuk mendidik dan membentuk anak mereka apabila berdepan dengan masalah anak yang tidak mahu mendengar kata.

Menurut Dr Asmadi, ibu bapa sebenarnya ialah orang yang membentuk acuan jati diri anak, bukan guru! Justeru, kata beliau, jika ibu bapa melepaskan kepada guru untuk membentuk anak mereka, ia tidak akan berlaku.

“Itu sebabnya kita kata tabiat, akhlak, perilaku, pekerti, susila, semuanya ini lahir dari rumah kerana acuan emak bapak itu.

“Ibu bapa kena perbaiki diri, mula solat berjemaah, makan bersama, luangkan lebih masa untuk anak-anak, nasihat dengan cara yang betul dan waktu yang sesuai, ubah cara menegur anak.

“Kesannya tak mungkin nampak dalam masa yang singkat. Ia akan berlaku dalam jangka masa panjang. Acuan itu akan terbentuk perlahan-lahan,” kata Dr Asmadi.

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,
1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan. 2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri. 3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak. 2. ‘Pukul’ anak. 3. Piat telinga anak. 4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.

Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?

Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.

Jadi ibu ayah sekalian.

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.

1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.

Semoga ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita dan anak-anak kita.

SUmber: cikguking

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini