“Indahnya Bunyi Azan & Sering Terngiang-Ngiang Di Telinga” – Wanita Mualaf Nur Asmah Esther Minta Izin Ibu & Ayah Untuk Peluk Islam

Pemilik nama asal Esther Abaygar Sabornido ini sudah terpaut dengan agama Islam sewaktu bekerja di Kota Singa. Setiap hari dia mendengar laungan azan, malah bunyi itu juga sering terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun pada waktu itu dia tidak memahami maksud azan namun dia berasa cukup tenang tatkala mendengarnya.

Malah wanita ini juga akui sebelum melangkah kaki ke Singapura dia sudah minat dengan agama Islam cuma tiada peluang untuk mendalami agama Allah dek kerana majoriti penduduk di negara asalnya beragama Krist1an. Akui wanita yang kini nama Islamya Nur Asmah Esther Binti Abdullah banyak onak dan dµri yang ditempuhi sepanjang bergelar mualaf.

“Saya dari zaman remaja lagi sudah minat Islam cuma tak ada peluang hendak dalami agama suci ini kerana majoriti penduduk di Filipina beragama Krist1an atau Kat0lik. Sehinggalah akak dapat tawaran bekerja di Singapura pada tahun 1989 disitulah akak berjumpa dengan ramai kawan-kawan dari Filipina yang sudah lama bekerja di situ dan berkawan dengan ramai orang Melayu.

“Di Singapura saya tinggal bersama sepupu di Kawasan Paya Lebar. Kebetulan di sini ramai penduduk Melayu jadi saya sentiasa mendengar laungan azan. Bila saya buka TV pun ada azan dan saya sempat membaca maksudnya menerusi terjemahan yang ditulis di kaca tv. Bunyi azan itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan hati saya rasa cukup aman dan tenteram.

“Kebetulan akak kenal dengan seorang pemuda Melayu dari Johor yang mahu berkenalan dan sering menerangkan tentang agama Islam. Dari situ akak mula jatµh cinta dengan Islam dan dia juga sering memberitahu tentang kebaikan agama Islam dan juga hikmah-hikmah berpuasa di bulan Ramadan. Akak pun cuba berpuasa dan tidak lagi menjamah daging khinz1r.

Perlahan-lahan akak mula belajar cara hidup orang Islam. Walaupun pada ketika itu akak masih belum memeluk Islam namun akak tidak pernah menyentuh ar4k, sebab pada akak air itu kot0r,” terang Nur Asmah Esther panjang lebar ketika membuka bicara.

MINTA IZIN IBU DAN AYAH UNTUK PELUK ISLAM.

Dek kerana kontrak kerja di Singapura telah tamat, Nur Asmah Esther terpaksa pulang ke Filipina dan dia tidak menyangka teman lelakinya sanggup bertemu dengan kedua ibu bapanya dan meminta kebenaran mahu berkahwin dan kemudiannya membawa dirinya ke Malaysia.

“Saya minta izin pada ibu dan ayah untuk memeluk Islam, pada awalnya mereka menent4ng namun selepas itu saya terangkan kebaikan agama Islam. Ketika itu bakal suami akak pun datang ke kampung untuk menjemput saya dan meminta izin untuk berkahwih dan membawa saya ke Malaysia. Selepas melihat kejujuran lelaki yang bakal jadi menantu mereka, akhirnya saya dibenarkan untuk memeluk Islam.

“Saya memeluk Islam pada tahun 1992 di Balai Islam Melaka. saya rasa sangat bahagia ketika itu kerana sememangnya sudah lama mahu dalami agama unik ini. Apatah lagi dengan persetujuan dari ibu dan ayah membuatkan saya rasa jiwa tenang.

“Selepas mengucap dua kalimah syahadah terasa hati dan dada ini ringan dan sangat gembira. Saya rasa sangat seronok bila dapat bersama dengan umat Islam lain menunaikan solat dengan memakai telekung dan sebelum solat bersuci dengan berwuduk terlebih dahulu. Islam sangat suci dan bersih sebelum kita menghadap Allah kita perlu menjaga kebersihan. Agama ini sangat menarik dan berbeza dengan agama lain,” kata Nur Asmah Esther yang dia berasa cukup tenang selepas memeluk Islam.

BELAJAR MENGAJI SETIAP HARI.

Selepas berkahwin Nur Asmah Esther mendalami agama Islam dengan belajar mengaji dengan sepupu suaminya yang juga seorang ustazah.

“Setiap hari saya akan belajar dengan sepupu suami. Saya belajar dari mengucap dua khalimah syahadah, menghafal al-Fatihah, rukun-rukun Islam, rukun-rukun Iman dan mengaji. Alhamdulillah ustazah mngajar saya dengan baik. Saya dapat belajar menulis dan membaca jawi dengan baik. Bukan itu saja malah saya dapat menghafal semua abjad dan membaca muqaddam.

“Saya bahagia sangat dengan didikan suami tersayang bagi memahami lagi dengan baik tentang agama Islam. Cuma biasalah pelbagai dugaan yang saya harµngi. Tetapi saya cuma duduk diam dan mengadu dengan Allah.

“Memandangkan saya tidak pandai sangat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu jadi pada awalnya agak susah nak serasikan diri dengan masyarakat dan ahli keluarga suami. Tapi saya kuatkan semangat dan banyakkan bersabar dengan dugaan yang Allah beri kerana saya percaya banyak dugaan yang perlu saya tempuhi. Alhamdulillah saya dapat harunginya dengan baik,” ungkap Nur Asmah Esther.

PASRAH BESARKAN ANAK SENDIRIAN.

Wanita ini juga berasa cukup bahagia berk0ngsi hidup dengan suaminya, Mansor bin Md Yet. Mereka dikurniakan enam cahaya mata. Namun suaminya hayat tidak panjang dan meningg4l dunia 14 tahun lalu.

“Banyak dugaan yang terpaksa saya tempµhi. Paling besar dugaan apabila suami meninggal dunia 14 tahun lalu. Ketika itu anak-anak masih kecil lagi. Suami meninggaI pada tahun 2005 ketika itu anak yang sulung baru berusia 13 tahun.

“Saya pasrah dan berserah dengan ujian dari Allah. Saya percaya dengan hikmah yang mendatang dan tidak pernah putus berdoa. Malah saya juga tidak tinggalkan solat dan mengadu segala-ganya dengan Allah. Pada waktu itu saya tak boleh kerja sebab anak yang bongsu baru berusia lapan bulan. Jadi untuk menampµng hidup ketika itu saya buat kuih dan hantar di gerai-gerai. Alhamdullillah, kalau kita yakin dengan Allah rezeki kita cukup. Anak-anak kecil saya pada waktu itu tidak pernah kelaparan.

“Selepas suami meninggaI saya aktif sertai kelas-kelas fardu ain dan kelas ngaji yang dianjuarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Setiap daerah kami ada persatuan untuk saudara baru jadi ustaz dan ustazah yang bertauliah akan nmengajar kami. Alhamdulillah akak dah banyak kali khatam Quran. Selain itu banyak kursus juga saya sertai anjuran JAINJ.

“Ada satu lagi peristiwa di mana pada tahun 2015 rumah saya pernah mµsnah dijilat api. Kami tinggal sehelai sepinggang saja. Namun segalanya akak terima dengan reda. Saya cuba bangkit perlahan-lahan dan berdoa kepada Allah.

“Pejam celik, pejam celik anak-anak kini semianya sudah besar. Saya juga sudah mempunyai cucu. Malah akak bersyukur tiga tahun lalu, akak baru saja mendirikan rumah tangga dengan Fazal Rasool. Dan suami baru akak ini juga cukup memahami,” akhiri Nur Asmah Esther.

Sumber Nasihat Ustaz

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini