Iltizam Lelaki 0KU Pendengaran & Percakapan Ajar Golongan Normal Menguasai Bahasa lsyarat

Bagi Mohd Armi Rusli, 38, masalah pendengaran yang dialami sejak kecil tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya dalam bidang diceburi.

Pengasas pusat bahasa isyarat SignOn itu mampu tersenyum puas selepas Majlis Belia Negara (MBM) memberikan peluang kepada SignOn yang ditubuhkan sejak 2013 menjadi salah satu rakan strategik Malaysian Youth Volunteer Community (MYV0C).

Pengiktirafan kecil yang diberikan pada 2 Oktober lalu itu sedikit sebanyak membuatkan pemuda dari Kelantan itu berasakan usahanya menyebarkan ilmu bahasa isyarat kepada masyarakat mendapat penghargaan.

Sepanjang mengusahakan kelas bahasa isyarat SignOn, Mohd Armi mengakui antara cabaran yang dihadapi ialah ketika mengendalikan kelas bahasa isyarat online semasa pandemik kerana sudah terbiasa dengan kelas secara bersemuka.

Menurutnya, setiap kelas dilaksanakan tanpa menggunakan suara dan hanya bergantung kepada visual dan perbualan yang menggantikan suara mereka.

Apa yang menarik perhatian, kelas bahasa isyarat SignOn mendapat penyertaan menggalakkan daripada golongan normal yang mahu mempelajari dan menguasai bahasa isyarat.

“Dalam kelas bahasa isyarat SignOn, pengajar akan menggunakan isyarat dan mengeja abjad bagi menerangkan apakah bahasa isyarat itu.

“Kami hanya akan menaip jika hendak menerangkan maksud secara panjang lebar. Selain itu, video pengajaran bahasa isyarat turut dikongsikan di laman Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram,” katanya.

Bercerita tentang kelas SignOn, pemuda kelahiran Pasir Mas itu terpanggil untuk menubuhkan pusat pembelajaran bahasa isyarat bertitik tolak daripada masalah kurang pendengaran yang dialami sejak kecil.

Jelasnya, dia menghidap demam panas ketika berusia tiga tahun menjadi punca kepada masalah pendengaran tersebut.

“Saya bukan dalam kategori pekak, cuma sedikit kurang pendengaran dan boleh mendengar dengan alat bantuan pendengaran sehinggalah menyambung pengajian di universiti.

“Begitupun saya boleh bercakap kerana mendapat pendidikan awal di sekolah biasa,” katanya.

Ketika di universiti, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Organisasi) Universiti Sains Malaysia itu berkata, dia dapat membiasakan diri dengan kuliah menerusi alat pendengaran.

“Kalau tak dengar, saya mesti ‘hulur-hulur’ teIinga untuk bantuan rakan-rakan,” katanya yang mengakui bukanlah pelajar pintar malah perlu extend dua semester kerana harus mengulangi beberapa subjek tertentu.

Namun, aturan tuhan itu menemukan Mohd Armi dengan isterinya, dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas menempuh tujuh tahun alam perkahwinan.

Bertutur lanjut, Mohd Armi menjelaskan, pada awal tahun 2013, dia hanya melaksanakan kelas peribadi dari rumah ke rumah dan menerima jemputan beberapa institusi pengajian tinggi untuk mengadakan kelas di kampus, namun dalam keadaan pandemik, dia berubah ke medium online.

“Ada orang suka online, ada orang suka offline. Saya suka dua-dua. Tapi sudah tentu kelas depan-depan lagi best.

“Pertama, saya boleh berlatih paksa diri untuk bercakap secara tidak langsung akan cuba memperbaiki cara sebutan dan cara penyampaian. Itu menjadikan kita lebih baik dari semasa ke semasa.

“Kedua, saya dapat bina keyakinan diri dengan berinteraksi dengan audiens,” katanya.

Selain itu, dia juga membuka peluang untuk peserta mengambil kelas peribadi untuk belajar secara persendirian bersama dengan sesi pembelajaran menyeluruh sebanyak tujuh sesi kelas dengan kadar bayaran tertentu.

Mohd Armi beriltizam untuk terus membantu orang kelainan updaya pendengaran dan percakapan serta golongan normal untuk menguasai bahasa isyarat.

Sumber Majoriti

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini