Ibu Yang Sangat Kuat- Zarina Zainuddin Bongkar Kisah Yang Amat Terinspirasi,Serta Nasihat..

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi tentang kehidupannya sewaktu mula-mula mengenali suaminya, Datuk Seri Raihan pada zaman muda.

Menurut Zarina, Raihan adalah seorang yang jujur dan terbuka bercerita mengenai isteri (yang menjadi madu Zarina) ketika berkenalan dengannya.

Ketika dilamar untuk mendirikan rumah tangga, Zarina terus meminta Raihan membawanya berjumpa dengan bakal madunya ketika itu untuk meminta izin.

“Saya nak kongsi satu cerita, dimana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya, di waktu itu saya begitu takut nak berkawan dengan lelaki. Saya rasa lelaki semua jahat semua suka nak ambil kesempatan lagi lagi pada wanita seperti saya.
“Tiada yang jujur, di usia saya 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya.

“Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi .. dia cakap bukan senang nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Akhirnya dia dapat juga kahwin. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya, saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya. Bila dia ajak saya kawin saya cakap bawa jumpa isterinya dulu, dia berani bawa saya jumpa minta izin, dia seorang yang gentleman,” kongsi Zarina di Instagram.

Tambah Zarina, meskipun dia berkahwin tanpa ‘cintan cintun’, namun dirinya tidak pernah disia-siakan oleh suami sehingga kini.
“Walaupun saya kahwin tanpa cintan cintun, tapi dia tak pernah sia siakan saya. Perempuan perlu apa, perlu dihormati, dihargai, disayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri.

Kemana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maruah selamat dunia akhirat.
“Semua orang buat salah, dari salah kita betulkan diri kita, Insya-Allah. 28 tahun bukan masa yang sedikit,” tambahnya.
Dalam pada itu, Zarina akui kerap menerima pertanyaan sama ada suaminya itu adalah perkahwinannya yang kedua, namun ia ternyata tidak benar sama sekali.

“Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke, itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun,” jelasnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ramai juga yang terinspirasi daripada sudut positif kisah yang dikongsi Zarina itu.

Menjengah keruangan komen rata-rata netizen meninggalkan respon positif terhadap perkongsian tersebut serta ramai juga yang terinspirasi dengan cerita yang di kongsi tersebut…

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini