“Ibu Mesti S4ngat Bangga!” – [VIDEO] Uwais Juara G0lf Juni0r, Kapsyen IG Shuib Buat Ramai Sebak

Bagi korang yang memang selalu update dengan aktiviti Shuib, mesti korang tahu selain dari sibuk menguruskan bisnes Bubblebee, dia juga kerap menemani anak sulungnya iaitu Uwais Alqarni menjalani latihan golf.

Tinjauan min semalam di posting IG milik Shuib @shuibsepahtu, dia berkongsikan video menunjukkan Uwais yang telah berjaya menjadi juara bagi kategori kanak-kanak lelaki bagi Palm Resort Junior Open Golf Championship. Wah! Tahniah Uwais!

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna kerana hampir kesemua ahli keluarganya turut bersama di kejohanan tersebut. Tapi, apa yang menjadi tumpuan adalah penulisan kapsyen Shuib yang membuatkan ramai sebak. Alaa, hati min tak kuat laa..

“Percaya daddy,,,ibu @sitisarahraissuddin pasti sgt2 bangga!!! Ibu yg nak sgt wais jd golfer sayang,,,harini dia senyummmmm tgk wais menang More to go wais,,kerja keras!!! Practice kuat2!!!”

Rata-rata komen mengatakan mereka tidak dapat menahan rasa sedih sebaik sahaja melihat Shuib memeluk erat dan mencium pipi Uwais. Tambah pula Shuib turut mengatakan dia akan cuba sehabis baiknya selagi dia masih bernyawa. Huwaa… Min tengok banyak kali pun sedih ni!

“Ibu busy pun, ibu datang teman Uwais”

Di TikTok pula, terdapat satu video yang menggabungkan video tersebut dengan video sebelum ini yang mana arwah Siti Sarah tetap turun padang walaupun ketika sibuk untuk menemani Uwais ketika berlatih.

Perkongsian tersebut ternyata menambahkan lagi rasa sebak netizen kerana menyifatkan Uwais sebagai seorang anak yang kuat dan tabah kerana sanggup meneruskan bermain golf walaupun tanpa keberadaan ibu tercinta di sisi.

Video Klik Disini

Full Ig

@myra.bakery

ibumu pasti bangga… AlFatihah buat ##sitisarahraisuddin

♬ Kemarin – Seventeen

Sumber: TikTok

Rupa-rupanya, Uwais selama ni berkerja keras dan bersungguh-sungguh berlatih main golf dengan baik kerana ianya merupakan impian arwah Siti Sarah yang inginkan anaknya menjadi seorang golfer. Sedar tak sedar dah lebih empat bulan Allahyarhamah tinggalkan kita… Al-fatihah…

Teruskan menjadi anak yang soleh untuk family awak yaa.. Min doakan supaya minat awak takkan berkurang ya Uwais! Mana tahu satu hari b0leh wakil Malaysia untuk sukan g0lf pula kan? Aminn!

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini