Ibu dan bayi enam bulan m4ut dalam kemaIangan

KLUANG – Seorang ibu dan bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Ladang CEP Simpang Renggam, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Norashidah Zakaria, 35, dan anaknya, Azrah Hanan Muhammad Shahril meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muhammad Shahril Amran, 37, Manja Jaafar, 55, dan Mohd. Zul Shahri, 56.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro.

“Kereta Proton Wira tersebut dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang manakala Kereta Nissan Cefiro dari arah bertentangan.

“Terdapat dua mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan terdapat tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Kredit: wowberita

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini