“Hujan pun kamu berhenti beli sabun pakcik” – Sedekah Saat Tak Punya Apa. Wanita Ini Terkejµt Dengan Apa Yang Berlaku Selepas Itu

Sedekah waktu punya rezeki, itu biasa. Namun memberi saat kita tidak punya apa-apa, itu luar biasa. Kisah inspirasi yang dikongsikan Syahirah Omar cukup membuka mata akan ajaibnya kuasa sedekah.

Berkongsi kisah tujuh tahun lalu, jelas Syahirah, pengalaman berkongsi rezeki bersama seorang pakcik tua yang menjaja di jalanan cukup terkesan di hatinya. Saat wang hanya berbaki Rm5.00, dia nekad dan percaya andai mudahkan urusan insan lain, Allah akan mudahkan urusannya.

“Teringat kejadian 7 tahun lepas.

“Waktu tu aku hidup sendirian. Dengan apa saja yang ada dalam account bank, semua aku terpaksa guna untuk deposit sewa rumah dan beberapa keperluan lain lagi.

“Biasalah, aku memang hidup mewah sebelum tu. Tak pernah beringat untuk ada simpanan yang banyak. Lagipun tak pernah terfikir pun untuk berpisah. Nak uruskan duit memang lemah betul aku.

“Pagi tu,Aku baru lepas hantar anak anak ke sekolah. Waktu tu aku terpaksa hantar sekolah jauh sedikit sebab itu sekolah terbaik buat anak anak.

“Hujan tak berhenti dari Subuh. Jadi aku memandu agak perlahan dan lebih berhati-hati. Kemudian aku ternampak seorang pakcik tua, dengan kereta kancil yang agak uzµr. Pakcik tadi duduk dibawah payung, ada meja kecil satu, kemudian ada sabun Jasmin warna warni tak silap aku tersusun atas meja.

“Allahu, Kesian betul. Aku berhenti tepi jalan. Niat nak beli sabun tu sebab kesian menjual dalam hujan. Sekali tengok dalam purse tinggal RM 35. Ini saja duit yang tinggal sebelum gaji minggu depan. Tapi muka pakcik tadi dah happy nau aku bersungguh nak beli. Tengok harga sekali RM 27 sebotol besar tu.

“Tapi aku teringat arw4h Tok pernah pesan, mudahkan orang dalam kesµsahan, nanti Allah mudahkan urusan kita pula.

“Terus aku ambil sebotol. Aku beri RM30, dan aku tak mahu duit baki. Ada RM5 saja tau nak sµrvive seminggu lagi? Memang hilang akal sungguh.

“Terima kasih nak, pakcik memang betul betul seb4k ni. Hujan pun kamu berhenti beli sabun pakcik,”

“Pakcik doakan saya murah rezeki ya? Doakan anak saya boleh bercakap ya pakcik,”

“Sµmpah aku menangis masa masuk kereta semula. Menangis sebab aku sentiasa sebak bila minta orang doakan Lana cepat bercakap. Dari dalam kereta aku lihat pakcik tadi menadah tangan doakan aku. Sambil memandu terfikir juga macamana nak sµrvive dengan RM5 ni? Barang basah semua dah beli. Tinggal RM5 dalam hidup ni belum pernah berlaku.

“Aku fikir saat aku susah begini Allah saja boleh bantu. Berhenti di surau , aku solat Dhuha lebih dari 2 rakaat. Saat kita tak ada apa apa ni doa kita pun lain macam juga. Menangis teruk juga aku minta Allah murahkan dan berkati rezeki aku.

“Usai solat maghrib, aku terima satu SMS dari nombor yang aku agak familiar, cuma aku tak save dalam hp.

“Syera, aku baru ada rezeki lebih ni. Duit ko aku baru lepas masukkan ke account Maybank. Aku transfer RM500. Baki hµtang nanti aku bayar lagi ya. Doakan aku murah rezeki ya. Maaf sebab lambat bayar hµtang ni,”

“Allahu, menangis terµk aku waktu tu. Mungkin doa pakcik tadi Allah angkat. Mungkin doa mama abah yang sentiasa doakan anak perempuan mereka ni. Tak tahu doa siapa yang Allah jawab. Diri sendiri banyak sangat dosa, tapi Allah tak pernah lupa walaupun kita hamba h1na dina.

“Sungguh,

Sedekah waktu kita punya apa apa, itu biasa. Sedekah saat kita tak punya apa apa, itu memang luar biasa. Saat tak punya apa apa tu sungguh hanya pada Allah kita berserah. Kalau tak ada duit sekalipun, kau masih punya tenaga.

Gunalah kµdrat yang ada. Contohnya, basuh tandas surau, atau semudah memberi kucing jalanan makan dan minum. Percayalah, saat kita mudahkan urusan makhluk tuhan yang lain, pasti Allah akan mudahkan urusan kita.Begitulah.”

Sumber FB Syahirah Omar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini