Hilang pekerjaan, gadis pemegang ijazah tak malu kerja kutlp smpah

Menurut laporan Harian Metro, trend kehilangan pekerjaan di negara Malaysia dijangka bakal meningkat daripada 50 peratus kepada 200 peratus sepanjang tahun ini. Hal ini terjadi ekoran banyak premls perniagaan dan syarikat gulung tikar aklbat k3san dari w4bak pandemlk C0VlD-19.

Akui turut mengalami kesan yang sama, seorang gadis kehilangan pekerjaan sebagai pereka tudung kini mulai bekerja sendiri dengan menawarkan khidmat mengangkat smpah dari rumah ke rumah.

Tak malu demi rezeki yang halal

Gadis cantik yang dikenali sebagai Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh berkata, dia tidak malu demi mencari rezeki yang halal walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina.

Malah, khidmat yang ditawarkannya hanyalah dengan bayaran RM 1 sahaja khusus buat penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Inspirasi dari rakan sendiri

Menurut gadis berusia 24 tahun ini, dia menawarkan khidmat angkat sampah secara sambilan hasil inspirasi rakannya yang menjual tepung pelita sambil infak ketika bulan Ramadan.

Bayaran murah, tak berbaloi, mampu tolong orang!
Masih lagi mencari perkerjaan lain, gadis ini mengambil kesempatan dengan dengan menawarkan khidmat mengutip sampah secara sambilan dari rumah ke rumah untuk meringankan beban orang lain dengan bayaran tidak membebankan.Pelanggan hanya perlu mengirimkan pesanan di WhatApp bersertakan maklumat kediaman yang dihuni untuk menggunakan perkhidmatannya.

“Bagi saya khidmat angkat smpah berkenaan bukan untuk mencari duit semata-mata, tetapi sebagai usaha bersedekah dengan cara berbeza.” Jelas gadis cek4l ini.

Sumber: Harian Metro.

Via oh my media

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini