Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersyukur apabila mendapat restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bagi menjayakan sebuah filem di Palestin pada Jun nanti.
Menurut laporan Harian Metro, suaminya juga akan turut serta sekiranya mempunyai untuk filem berjudul Road to Heaven itu yang akan menjalani penggambaran di sekitar Gaza dan Tebing Barat.
Lihat siaran ini di Instagram
“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.
“Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya.
Lihat siaran ini di Instagram
Selebriti berusia 36 tahun itu berkata, dia belum berfikir sekiranya dikurniakan rezeki berbadan dua ketika menjalani penggambaran tersebut.
“Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” ujarnya.
Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Heliza Helmi
Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..
Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini