Hati2, Lagi kes ciplak produk: Dulu sambal nyet, sekarang giliran Pes Sup PEZY pula diciplak…

Baru sahaja selesai isu sambal nyet Khairul Aming, timbul pula desas-desus mengatakan pes sup jenama PEZY keluaran ZEE KITCHEN pula ditiru dan dijual di media sosial.

Isu ini mula tular di kalangan pembeli dan peniaga apabila ada seorang pembeli yang mendakwa dia merasakan masakannya sangat berbeza dari yang sebelumnya dan rasanya agak janggal. Apabila disoal siasat pembeli itu berkata dia membeli pes sup di media sosial dengan harga yang murah berbanding sebelum ini bahkan lebih murah dari harga kepada agent jualan.

Hal ini sudah mendapat perhatian dari pihak pengurusan ZEE KITCHEN (ZK) dan masih lagi dalam siasatan pihak mereka.

Menurut En. Afif Ahmad yang merupakan Pengurus Pemasaran, memetik kenyataan beliau dalam akaun facebook miliknya berkata:

“Ya memang kami ada terima aduan tentang produk pes sup. Isu ni dalam siasatan kami. Walau bagaimanapun saya minta semua jangan panik dan terus menyokong produk kami..”

Menurutnya lagi, beliau enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu ini kerana masih lagi dalam peringkat siasatan dan meminta orang ramai tidak mengeluarakan spekulasi yang belum sahih- Katanya selepas dihubungi.