Hampir 27 Tahun Dalam Bidang Lakonan, lni lsteri Cantik Arash Mohamad Yang Jarang Dikenali Ramai

Pelakon popular Arash Mohamad atau nama sebenar Azman Shah Ramlee merupakan seorang pelakon veteran Malaysia yang banyak membintangi drama bersiri televisyen. Antara drama TV popular lakonan beliau adalah Seputeh Qaseh Ramadan dan Mr. Mama.

Arash yang jarang muncuI di akhbar, majalah serta acara hiburan, dia tetap bersyukur kerana masih ramai peminat yang menghargai hasil kerjanya sebagai seorang pelakon.

Antara sebab lain dia lebih selesa menjalani kehidupan “Iow-profile” adalah kerana kurang gemar kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.

Berkongsi sedikit tentang statusnya sebagai suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, Arash memberitahu dia bertuah kerana mendapat seorang isteri yang penyayang dan memahami dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan pelakon.

Arash berkata, isterinya itu adalah pemangkin semangat buat dirinya dan perkahwinan yang sudah menjangkau usia empat belas tahun itu sentiasa dirasakan bagai berbulan madu.

“Asam garam dalam berumah tangga itu biasa bagi pasangan suami isteri tetapi isteri saya adalah yang terbaik buat diri saya kerana ciri-cirinya yang sentiasa memahami dan paling penting dia adalah pemangkin semangat buat diri saya,” ujarnya.

Arash berkata, dia sebolehnya tidak mahu mendedahkan mengenai kisah peribadinya kerana ia adalah privasi buat dia dan keluarga.

Pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.

Arash, 51, berkata, dia bersama isteri sentiasa berfikiran p0sitif selain meng4nggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.

“Saya sudah 14 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.

“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madυ bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masaIah pun.

“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi.

Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baru tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.

Dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.

“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesaIi. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.

“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.

Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospitaI. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembed4han sebab ada mas4lah membabitkan k3sihatan wanita.

“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masaIah dan tetap gembira,” katanya.

Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditem4ni dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.

Gemar berkongsi tentang kerjaya

“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang.

Tapi, memang jarang kongsi di lnstagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keIuarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.

“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.

Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.

Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.

Sumber Ig Arash Mohamad

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini