Hairan Makanan Asyik Hil4ng Dan Habis Dalam Rumah, Lelaki Pas4ng Kamer4 Dan Terk3jut Rupanya Ini Yang Berlaku

Siapa yang tidak hairan dan pelik jika makanan dan minuman yang dibeli dan diletakkan di dapur selalu hilang dan habis dimakan. Jika anda tinggal di rumah itu seorang diri mesti jadi rasa seram bukan?

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki di Manhattan, New York. Lelaki yang dikenali sebagai Joe Cummings merasa hairan apabila makanan dan minumannya yang diletakkan dalam rumah sering hilang dan habis dimakan apabila dia tinggal di satu rumah.

Joe Cummings mengalami keadaan pelik itu selama dua minggu selepas tinggal di rumah itu. Merasa hairan dan tertanya-tanya, dia pun mengambil keputusan untuk memasang kamera tersembunyi.

Menerusi rakaman kamera tersembunyi, seorang wanita dilihat tinggal secara rahsia dalam almari di dapur rumahnya dan hanya keluar ketika ketiadaan orang lain di rumah serta pada waktu malam.

Penceroboh itu menyelinap keluar dari sebuah almari di tepi pintu dapur rumah berkenaan dan dilihat membuang air kecil dalam sinki, mengambil makanan dan minuman sambil menonton televisyen.

Tidak lama selepas itu, wanita itu memanjat kembali tempat persembunyiannya.

Cummings yang menonton semula rakaman itu kemudian menghubungi polis dan wanita itu akhirnya berjaya diberkas.

“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam almari itu. Satu-satunya cara untuk masuk ke dalamnya adalah menerusi tingkap memandangkan saya tinggal pangsapuri tingkat paling atas.

VIDEO:

“Menurut polis, wanita itu berkemungkinan datang ke rumah saya untuk mencuri ketika saya tiada di rumah, namun dia membuat keputusan untuk tinggal di dalam ruang sempit itu,” jelasnya lagi.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada tahun 2009 tapi kembali viral di media sosial apabila menerima lebih 20 view di platform Youtube.

SUmber: Syok / SajaGempak / Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini