Gula-gula Hacks & Jus Sunquick Adalah Milik Usahawan Islam,Asal Dari Pulau Pinang Bukan EngIand

Dengan jolokan nama ‘Hanya Aku Cinta Kepadamu Seorang’ itu, gula-gula Hacks sangat terkenal dan dijual hampir di setiap kedai-kedai runcit dan mamak ‘ting-ting’ di kawasan perumahan mahupun kampung-kampung tempat kita dibesarkan.

Tetapi pernahkah kita selidiki siapakah individu yang membangunkan jenama ini sehingga amat dikenali di negara kita dan menjadi salah sebuah jenama yang sangat kuat dan terulυng di dalam golongannya.

Jika disebut nama Dato’ Seri Barkath Ali Abu Backer, mungkin ramai yang terlopong mulut serta menggeleng-gelengkan kepala dan menyatakan tidak kenal pada pemilik nama tersebut.

Namun jika kami sebut gula-gula “HACKS”, kami yakin bahawa boleh dikatakan semua tahu tentang gula-gula yang kini dalam pelbagai perisa dan untuk pengetahuan semua juga, individu yang sama ini juga adalah pengasas kepada minuman kesukaan ramai iaitu “SUNQUICK”.

Sebenarnya, tokoh perniagaan India Muslim yang disebut nama di atas itulah pengasas, pemilik dan individu yang bertanggungjawab menghasilkan gula-gula jenama Hacks dan minuman oren Sunquick.

Asal-usul empayar Hacks bermula di era arw4h bapa Dato’ Seri Barkath Ali iaitu Allahyarham Haji Abu Backer yang pada ketika itu telah membuka sebuah kedai runcit yang agak kecil, Barkath Stores, di Pulau Pinang.

Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju untuk melantik arw4h sebagai ejen tυnggal Hacks untuk Malaya dan Singapura pada waktu itu.

Namun pada sekitar tahun 1965, dikatakan akibat keIewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi serta persaingan harga, arw4h telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan pihaknya untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arw4h menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Pada hari ini Sunquick telah pun dihasilkan oleh mereka sendiri dan menjadi minumam kegemaran rakyat Malaysia terutamanya di waktu sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri.

Pada hari ini jenama gula-gula Hacks dan Sunquick telah menjadi terlalu senonim dengan rakyat Malaysia serta menjadi produk kebanggaan Negara. Syarikat ini juga mampu berdiri kukuh sebagai salah sebuah jenama yang hebat serta mampu menaja rancangan-rancangan TV yang popular.

Siapa sangka individu dibelakang tabir disebalik jenama ini adalah seorang yang beragama ISLAM. Alhamdulillah…

Sumber pubiperak

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini