Golong̷an Antiv̷aksin Tid̷ak Akan Diani̷aya – Dato’ Seri Hishammuddin

Pendirian kerajaan mengenakan tindakan terhadap golongan enggan divaksin bukan bertujuan untuk mengan!aya sebaliknya ingin mengelakkan mudarat lebih besar dalam mendepani wabak C0VID-19 di dalam negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein.

“Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan bukanlah hendak menganiaya atau menzalimi mana-mana pihak namun dalam usaha memerangi C0VID-19, adalah penting untuk kerajaan berusaha mengelakkan mudarat lebih besar.

“Jadi, apa yang kerajaan lakukan ini ialah bertujuan menjaga nyawa orang ramai supaya mereka dapat melindungi nyawa orang lain,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Pertahanan pada Isnin.

Beliau berkata, golongan enggan divaksin bebas untuk kekal dengan pendirian mereka namun tidak boleh menganggap hak yang diberikan kepada individu yang divaksin akan diperluas kepada mereka.

Pada Ahad, Dato’ Seri Ismail Sabri dilapor berkata, kerajaan tidak berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik C0VID-19 sebaliknya golongan yang enggan mengambil vaksin hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang lengkap vaksinasi.

Dato’ Seri Hishammuddin juga berkata, pelaksanaan Eksesais Bersama Gold 2021 yang bermula 8 Oktober lepas dan tamat hari ini, menerima maklum balas positif daripada peserta Australia, New Zealand, Singapura serta United Kingdom.

Eksesais itu dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah.

Selain itu, ia melibatkan lebih 2,000 anggota tentera dari negara peserta termasuk Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Malbatt 850-9: Kali pertama dalam sejarah ATM disertai ramai wanita
Dato’ Seri Hishammuddin kemuka isu kerjasama Asia. SOP PPN akan dikurangkan daripada 181 kepada 10.

Dato’ Seri Hishammudin turut memaklumkan satu sidang video antara beliau dan Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin N Lorenzana berlangsung pada Isnin bagi membincangkan tindakan memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

“Perkara lain yang dibincang termasuk usaha memastikan keamanan wilayah Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Selatan Filipina.

“Kerajaan turut bersetuju mengadakan mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam memperkukuhkan lagi inisiatif Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA),” katanya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

SUmber: diambil dari MYKMU, Sinar Via Mytv Viral