Gig̷ih C̷ari Du̷it Nak Tampung H̷idup, Warg̷a Em̷as Jual Belon Di Stesen Miny̷ak Sampai Lew̷at Malam

Kini, rata-rata masyarakat tak kira gol0ngan tua atau muda masing-masing sibuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan demi menambah sumber pendapatan gara-gara masalah ekonomi yang berpunca daripada pandemik C0vid-19 ini.

Walaupun kadang kala untung yang diperolehi itu tidak memadai dengan kudrat dan penat lelah yang dilakukan, namun ia sudah tentu akan mendatangkan nikmat kesyukuran terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Warga Emas Jual Belon Di Stesen Minyak

Seperti satu p0sting yang dimuat naik oleh seorang gadis yang bernama Shafinaz Suhaimi di laman Twitternya baru-baru ini, dia telah berk0ngsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang menjual belon di sebuah stesen minyak.

Menerusi caption yang dimuat naik oleh gadis ini, dia secara kebetulan ternampak lelaki warga emas ini sedang menjual belon pada lewat malam ketika dia singgah untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas area Tampoi, Johor.

Kasihan Tiada Pelanggan, Tol0ng Belikan

Disebabkan berasa kasihan gara-gara tiada pelanggan yang berhenti untuk membeli belon-belon yang dijual oleh Pakcik itu, gadis berkenaan telah membuat keputusan untuk membeli belon tersebut bagi membantu berk0ngsi rezeki dengannya.

Bayar Seikhlas Hati

Ketika ditanya berapa harga belon yang perlu dibayarnya, Pakcik itu mengej0tkannya kerana dia tidak menetapkan harga untuk sebiji belon yang dijual sebaliknya menyatakan bayarlah dengan seikhlas hati sahaja.

Semoga murah rezeki pakcik.

Gadis itu yang berasa terharu dengan keikhlasan warga emas itu telah memuat naik p0sting ini di media sosial semalam untuk ‘menyeru’ warganet dan orang ramai supaya bersama-sama membantu membeli belon yang dijual oleh Pakcik tersebut.

Dia juga turut berk0ngsi lokasi Pakcik tersebut berjualan bagi memudahkan orang ramai untuk membeli belon yang dijualnya di samping menghulurkan bantuan atau sumbangan yang lain.

Petronas KM11 Jalan Skudai, Johor Bahru.

Selagi kudrat empat kerat masih kuat, gigih lagi pakcik ni mencari rezeki halal.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto dipetik dari Lobak Merah, Twitter | Via Mytv Viral