Ger̷am Disuruh Goreng Ik̷an, Isteri Cur̷ah Miny̷ak Pan̷as Pada Bad̷an Suami

Baru-baru ini, media Indonesia dikejutkan dengan berita seorang suami disimbah minyak panas gara-gara menyuruh isterinya menggoreng ikan.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu 31 Julai 2021 sekitar jam 4.30 petang di rumah mereka yang terletak di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Melecur di seluruh badan

Memetik laporan Kompas, mangsa telah disiram minyak panas ketika sedang berbaring dan menunggu ikan yang diminta daripada isterinya. Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk dan melecur di seluruh badan.

Menurut keterangan anak kandung mangsa, bapanya meminta ibunya untuk menggoreng ikan dan ibunya bergegas ke dapur untuk memenuhi kehendak suaminya.

Namun tidak lama kemudian, tiba-tiba ibunya menghampiri bapanya dengan membawa kuali berisi minyak panas kemudian menuangkan keseluruhan minyak ke atas badan mangsa

Setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, jiran tetangga membantu membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Difahamkan lagi, suspek sudah ditahan pihak polis selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis. Sehingga kini, kes tersebut masih dalam siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar suspek.

Sumber: Kompas, Instagram @rina.senja1

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini