GeIagat Cina Dari Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap PeIat Kelantan, Ramai Terkejut Bahasa Tak PeIat Langsung

Cina peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keIiru sama ada mereka berbangsa Melayu, Siam atau Cina.

Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu, Cina peranakan kebanyakan berkulit sawo matang, mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya.

Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang daripada tubuh, tambah menyukarkan untuk membezakan antara Cina Pernakan dan Melayu di Kelantan.

Seperti satu video yang dikongsikan oleh Cina Kelantan, Evonne Kang tentang bagaimana dia dan keluarganya menyukai ulam budu yang dimakan bersama nasi, perkongsian itu mendapat perhatian netizen.

Bertutur dalam loghat dan dialek Kelantan yang tidak pelat, netizen kagum dengan cara percakapan mereka dan menyifatkan ia sebagai satu kebanggan rakyat Kelantan yang patut dicontohi. Dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum ini, hal itu dapat mendekatkan bangsa Cina dan Melayu serta lain-lain bangsa di sana apabila loghat Kelantan bersatu.

Menerusi video itu, dia menunjukkan perbualan ketika sedang menikmati hidangan nasi putih yang hanya berlaukkan budu dan ulam bersama cili. Mereka makan dengan begitu menyelerakan sambil diselit perbualan yang Iawak dan Iucu.

“Makan nasi ulam je, favourite ulam jatung pisang dan terung. Pahtu kito letok cili hok nenek kito wak,” katanya dalam video gelagat Cina Kelantan ratah ulam tersebut.

Saudaranya yang lain hanya memakan nasi putih bersama ulam terung sahaja dicicah bersama budu. Ia adalah makanan yang sedap dan boleh membuatkan mereka bertambah-tambah nasi, menurutnya.

“Jantung Xiāngjiāo tu jantung pise (pisang). Nasaboh gi tanya (ada ke pergi tanya?),” selorohnya mereka bersama dalam perbualan mengenai ulam budu itu.

@starzvonne519

Nasi Ulam Jantung Pisang #bveggiefood#vegetarianfood #kotabharukelantan#vegetables

♬ original sound – Evonne Kang – Starzvonne

Perbulan mereka mendapat perhatian netizen sehinggakan videonya tular kerana netizen kagum dengan kepetahan mereka bercakap dialek Kelantan.

Komen netizen:

@✳️ Cik Ain ✳️:Rindu nk dgr lg chineese ckp kelantan.. Last dgr msa beli barang di pasar lama tumpat 4 5 yrs ago.

@Mohd Shahrul94:suko tengok cino kecek kelate Gini jah ore kelate make nge ulam jah sek kito bendo wat mudoh² jah make ulam jah

@Fagha:1st time tengok Chinese speak kelate. comel sangat.

@S p i n o 🦖:orang cakap nak diet makan sayur. masalahnya kita ni hantu sayur pantang lauk ceni tambah banyak kali.

@6ixtynin9:mula2 dgr biasa je tp sekali yg pakai spek tu cakap wah pure abis.

@Tunlyana:Suka gila bila chiniese cakap kelantan. Manis je bila dia org ckp melayu kelantan. Love it! .

@Lotus flower🌸:aku ingt hok pkai spek mta tu xreti ckp melayu mula2 sb die diam, sekali dia buka mulut..nohhh rokiahhhh lg pekat loghat klate

@ijad:sukaa dgr cakap pelet kltn

Kredit tiktokstarzvonne519

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini