Gara2 Tak Puas Hati Ayah Suruh Buat Kerja Rumah, Budak Buat “Rep0rt” P0lis D4kwa Jadi M4ngsa

Media China pada baru-baru ini melaporkan satu kes seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang telah membuat laporan polis dengan menuduh bapanya melakukan aktiviti ‘buruh paksaan kanak-kanak’, kerana memaksanya melakukan kerja rumah, lapor porta Oddity Central.

Insiden pelik itu didakwa berlaku di Ma’anshan, China. Oleh kerana geram melihat anaknya asyik bermain dengan telefon, dan mengabaikan kerja rumah serta pelajarannya, bapa tersebut telah memutuskan untuk memberikan anaknya itu merasai kepayahan hidup dengan memintanya meletakkan telefon bimbit berkenaan dan melakukan kerja rumah.

Gara-gara marah dengan permintaan bapanya yang memaksanya berhenti seketika bermain telefon bimbit, remaja tersebut dilaporkan telah curi-curi keluar semasa bapanya tidak beri perhatian dan terus ke balai polis.

Ketika di balai polis, remaja itu telah menuduh bapanya melakukan aktiviti ‘buruh paksaan kanak-kanak’.

Pegawai polis yang bertugas dilaporkan tidak berapa memahami apa yang berlaku ketika remaja itu membuat laporan, jadi pegawai tersebut berkeputusan untuk mengikutnya pulang ke rumah untuk menyiasat.

Ketika pegawai tersebut memberitahu kepada bapa remaja terbabit berkenaan laporan yang dibuat oleh anaknya itu, bapa kepada remaja berkenaan terus menjelaskan perkara yang sebenarnya.
Bapa kepada remaja tersebut memberitahu pegawai polis itu bahawa dia hanya merampas telefom bimbit anaknya itu dan memaksanya untuk membuat kerja rumah sahaja.

Di bawah undang-undang negara China, kerja rumah bukan suatu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah akta kanak-kanak, oleh itu bapa kepada remaja tersebut didapati memang tidak melakukan kesalahan.

Namun begitu, pegawai polis tersebut tetap meneruskan penyiasatan untuk mengetahui mengapa remaja itu sanggup membuat laporan yang boleh menyebabkan bapanya dipenjarakan.
Selepas remaja itu gagal untuk memberikan sebarang sebab yang kukuh, pegawai polis tersebut menasihati bapa kepada remaja berkenaan supaya mendisiplinkan anaknya itu dengan menyuruhnya merampas telefon bimbit tersebut buat sementara waktu.

Terdengar nasihat daripada polis tersebut, remaja itu menjawab: “Kamu fikir saya hanya ada telefon itu sahaja ke? Kamu sangat naif!”

Kejadian yang luar biasa itu telah menjadi tular di media sosial China, di mana ramai warganet menuduh remaja itu derhaka, dan menasihati ibu dan bapanya supaya menasihatinya secara serius sebelum terlambat.

Sumber: Oddity Central

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini