Gara2 Bosan Duduk Rumah, Pemuda Buat Konsert ‘Panggil’ Kaktus Viral Jadi Penonton..

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang entah bila akan selesai ini membuatkan ramai pihak mulai bosan memandangkan perlu duduk sahaja dirumah.

pelbagai aktiviti ‘merepek’ mulai dilakukan untuk menghiburkan hati sendiri serta ahli keluarga yang lain.

Buat konsert dekat tangga rumah

Salah satunya adalah perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai fayadgojez apabila memuat naik video parodi menyanyi dengan dancing cactus bagi menghilangkan bosan.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur kerana dia menirugaya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza di konsert.

Deretan dancing cactus juga diletakkan berjajar di tangga sebelum dia bergaya ala-ala sedang berada diatas pentas dengan menyanyikan lagu TokTi. Siap pakai selendang lagi!

Jual kaktus viral cari duit lebih

Walau bagaimanapun, ada yang tidak senang dengan hiburan yang dibuat oleh fayaqgojez di TikTok dengan mengatakan apa yang dibuat adalah membazir.

Video:

@fayadgojez

Harap tak kena kompaun semua penonton konsert cactus saya🤣 #cactus #cactusviral #fyp #fypシ

♬ original sound – E-zuone Ketupat – Tik Toker

Namun, pengguna TikTok itu menerangkan bahawa dia memang menjual dancing cactus berkenaan untuk menambah duit belanja hariannya.

Sekali kaktus cakap serentak! Takut!
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terhibur dengan video yang dimuat naik fayadgojez.

Mereka juga mengakui seronok menonton ‘konsert’ dan sedikit seram apabila dancing cactus itu bercakap serentas secara tiba-tiba.

Sila saman penonton ni

Penonton tak ikut SOP

Penatlah gelak!

Ramai betul peminat kau dik

Sumber: TikTok fayadgojez

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini