Gara2 Anak S3mbur Cat Pada Kereta Jiran, Wanita Tak Pua$ Hati Tuan Kereta Minta G4nti H4mpir Semua Baru

Seorang wanita berkongsikan pengalamannya yang tidak dapat dilupakan apabila berdepan dengan satu insiden di kampung.sajagempak.com – Anak Sembur Cat Pada Kereta Jiran, Wanita Tak Puas Hati Tuan Kereta Minta Ganti Hampir Semua Baru

Setiap ibu bapa di dunia ini pasti akan merasai susah senang membesarkan dan menjaga anak mereka sejak dari mereka kecil hinggalah besar. Seorang wanita berkongsikan pengalamannya yang tidak dapat dilupakan apabila berdepan dengan satu insiden di kampung.

Menurutnya insiden ini berlaku ketika mereka sekeluarga balik ke kampungnya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini.

Wanita yang dikenali sebagai Sha Qienaini mendakwa pemilik kereta telah membuang botol spray cat berkenaan di kawasan rumah. Pada masak itu juga, kebetulan anak lelaki kepada wanita ini telah menjumpai botol tersebut dan menyemburnya di permukaan kereta.

Bila sel-sel anak sedang berhubung, dicontengnya dekat kawasan pintu sebelah driver. Dekat rim tayar ni mama hantar polish, hantar kilat spray. Beratus-ratus duit mama habis.

Namun meskipun menyedari anaknya telah melakukan kesalahan, wanita ini bagaimanapun tergaman dengan tindakan pemilik kereta tersebut. Menurutnya pemilik kereta tersebut seakan mengambil kesempatan apabila memintanya menggantikan tayar dan rim yang baharu. Kereta asalnya memang banyak calar, malah pihak polis juga sudah memberitahu agar wanita ini membaiki pada tempat yang terkesan sahaja.

Wanita ini tidak bersetuju kerana harganya jauh lebih mahal malah pemilik kereta itu juga dipercayai meminta wanita ini untuk ‘polish’ keseluruhan keretanya sedangkan sebelum kejadian, keretanya tersebut memang sudah terdapat banyak calar.

Tidak cukup dengan itu, pemilik kereta juga minta gantikan lampu baru yang pada asalnya sudah kabur. Akhirnya kes tersebut pun menjadi kes polis sebab tiada persetujuan dan makin ramai yang campur tangan.

VIDEO:

Akak ni pun tak boleh toleransi. Macam-macam kena ugut selagi mama tak bayar ganti rugi. Dah hantar kedai pun macam-macam tak puas hati.

Wanita ini sempat berpesan dan menasihati kepada dirinya dan anak-anak supaya jangan sesekali menyukarkan urusan orang lain.

Kisah akak ini menjadi tular, dan ada yang bersetuju namun ramai pula yang tidak bersetuju dengan akak ini. Rata-ratanya mengatakan yang akak ini memang patut gantikan kerosakan dan tidak sepatutnya memberi alasan kereta calar, lampu kabur etc.

Antara komen-komen

Kena ganti, baiki yang anak rosakkan je..

Atas kelalaian sendiri, tak perlu slaahkan orang lain..

Sumber: OHBULAN! / sajagempak Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini