Ganti Arw4h Ayah Berniaga, Legasi Karipap Panas Kazim EIias Diteruskan – Sama-Sama Kita Bantu Adik Ini

Popular dengan nama karipap Kazim Elias, jualan karipapnya menjadi ingatan para pembeli kerana kesedapan karipap panas yang dijual di stesen minyak Kuala Krai, Kelantan.

Mesti anda tertanya kenapa nama Kazim Elias kan? Ini kerana penjualnya memiliki iras muka seakan penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Kazim Elias.

Dijaja dengan basikal merah ketika berniaga, peniaga yang bernama Abe Die berkenaan sangat popµlar kerana rasa karipapnya yang lazat dan sedap.

Tetapi dalam pertengahan tahun lepas, satu berita sedih buat kalangan peminat Abe Die Karipap Panas kerana arwah telah menghembµskan nafas terakhir akibat s4kit kr0nik.

Dengan berbekalkan semangat dan azam untuk menyambung legasi ayah, anaknya meneruskan penjualan karipap di lokasi yang sama dengan menggunakan basikal yang serupa.

Melalui hantaran Info Rakyat Dalam Kelantan di laman Faceb00k, kami memohon sokongan orang ramai untuk menyokong adik yang merupakan anak Abe Die ini berniaga.

“Ganti ayah. Kalau pergi Kuala Krai, cuba la cari adik ni. Habiskan karipap dia. Dengar kata dia duduk dekat Petronas Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Legasi Karipap Panas Abe Die diteruskan.

“Semoga dipermudahkan urusan adik,” katanya menerusi hantaran legasi karipap itu.

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersependapat bahawa karipap panas yang dijual adik berkenaan sedap dan berbaloi dibeli. Misalnya, ada yang datang daripada Kuala Lumpur memang akan singgah untuk membeli karipap panas ini.

“Kalau on the way gi KL atau balik dari KL mesti singgah beli karipap pak cik iras Ustaz Kazim ni di Petronas Kuala Krai. Sedap karipap dia. Semoga murah rezeki selalu dik. Dan dipermudahkan segala urusan,” komen Shila Kahar memberi reaksi kepada hantaran legasi karipap berkenaan.

Selain itu, ada juga netizen yang memberi komen dan berkongsi pengalaman ketika karipap masih dijual oleh Abe Die. Artis popular seperti Mustapha Kamal pun singgah membeli karipap panas Abe Die.

“Masa arw4h ayahnnya, Mustapha Kamal pun singgah beli,” kata Misteri Guchil.

Tambah netizen lagi, apa yang lebih menyentuh hati, arw4h ayahnya selalu mengamalkan sedekah dalam berniaga.

“Selalu beli karipap arwah ni. Selalu dapat lebih dia sedekah. Sem0ga roh arw4h berada dalam kalangan beriman,” luah Orga Sezuk.

Semoga legasi karipap Abe Die ini berkembang maju dan sentiasa mendapat sokongan masyarakat. Terima kasih kerana telah mengajarkan kebaikan tulus dalam berniaga seperti bersedekah.

Dan juga buat adik yang merupakan anak Abe Die yang mengajarkan untuk jangan terus mengalah dalam hidup. Semoga rezeki melimpah ruah buat semua.

Sumber Ahmad Fathul Hakim Mustapha

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini