GagaI Patuh Penjar4kan Fizikal, PoIis Panggil Pihak TerIibat Perhimpunan

Polis akan memanggil semua pihak termasuk penganjur yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan Lawan’ berhampiran Dataran Merdeka di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan itu berlangsung secara aman, ia jelas melanggar peraturan dan seramai 400 peserta telah menyertai perhimpunan itu, lapor BERNAMA.

Perhimpunan berlangsung secara aman

“Perhimpunan ini berlangsung dengan aman tetapi polis akan mengambil tindakan susulan kerana ia jelas melanggar Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Katanya tiada sesiapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dengan sebarang perhimpunan di mana-mana tempat sama ada bagi aktiviti keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan.

Beliau berkata peserta berkenaan telah menyasarkan Dataran Merdeka maka polis telah menghalang mereka memasuki kawasan itu.

“Oleh yang demikian, mereka mengadakan perhimpunan di luar kawasan Dataran Merdeka dan kami telah beri mereka masa untuk bersurai,” katanya.
Patuh SOP pakai pelitup muka tapi gagal patuh penjarakan fizikal

Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Mohamad Zainal berkata kesemua peserta perhimpunan itu mematuhi SOP memakai pelitup separuh muka tetapi gagal mematuhi penjarakan fizikal.

“Jarak fizikal agar sukar dikawal kerana adakalanya kita terlupa, rapat antara satu sama lain. Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam perhimpunan itu,” katanya sambil menambah pihaknya menempatkan seramai 300 pegawai dan anggota polis bagi mengawal perhimpunan itu.

Mengulas sama ada penganjur ada memohon permit kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu, Mohamad Zainal berkata dalam tempoh kawalan pergerakan ketika ini sebarang perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali.

Sumber: BERNAMA

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini