Fatin Ded̷ah Dicer̷ai Dai Farhan Ketika H̷amil, Ini Pesanan Dia Buat Ram̷ai Terkedu

Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain mengakui persediaan emosi menjadi prioriti ketika dirinya bersendirian selepas dicer4ikan suami sewaktu sedang ham1il dua tahun lalu.

Kata Fatin dia bersyukur sepanjang proses melahirkan anak keduanya, Nik Farrel dipermudahkan biarpun bergelut dengan tekanan emosi.

“Pengalaman melahirkan setiap anak itu memang berbeza. Hari ni mengingatkan kembali ummi time melahirkan Farrel.

“Seawal 4 bulan usia adik dalam kandungan, doktor dah nampak baby boy.. Berbunga bunga hati ni, pengalaman baru buat ummi dapat anak lelaki.

“Sepatutnya due adik betul2 1/1/2020, ikutkan pengalaman kakak, lahir awal dari tarikh due. Time tu memang banyak urusan, banyak benda ummi perlu fikir.

“Ummi doa sangat-sangat adik sabar dulu dalam perut, bagi ummi settlekan dulu semua. Alhamdullillah Allah Maha baik, adik lahir melihat dunia time ummi dah betul-betul bersedia.

“Mungkin perancangan dan angan-angan ummi tak tercapai, tapi Allah dah aturkan sebaiknya.

“Persiapan ummi untuk lahirkan adik yang paling utama time tu adalah emosi. Berbeza dengan kakak setiap hari duk berangan kelengkapan dan persiapan sebab first time kan,” ceritanya.

Jelas Fatin emosi memainkan peranan penting ketika itu namun dia sudah melupakan episod duka dalam hidupnya dan meneruskan kehidupan dengan lebih positif.

“Emosi memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan amanah Allah ni. Kalau nak cerita sedih-sedih, ummi pun dah lupakan.. Buang jauh-jauh,” katanya.

Fatin turut menasihati wanita yang berdepan situasi sepertinya untuk tabah dan tidak kalah dengan tekanan.

“Tapi kalau ibu-ibu ham1il rasa sedih atau ada masalah yang membuatkan stress, please jangan duduk seorang diri.

“Deep breathing, banyakkan istighfar, cuba selesaikan masalah tu cepat-cepat, mintak sokongan dan nasihat dari orang dipercayai.

“Jangan putus doa, Insya-Allah, Allah permudahkan segalanya.

“Tengoklah adik sekarang , seawal lahir dah suka senyum. Terbuktilahkan ummi happy je sepanjang mengandungkan adik.

“Lupakan masa lalu, jadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk dikenang. Fokus utama nak anak-anak lebih gembira dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Semoga Allah sentiasa beri kekuatan buat ummi untuk mendidik dan membesarkan anak-anak ummi dengan baik,” tambahnya.

Kisah percer4ian Da’i Farhan dan Fatin Nurul Ain mengejutkan ramai apabila pasangan itu didakwa telah bercer4i talak satu ketika sedang hami1l tujuh bulan sekitar November 2019.

Fatin ketika itu difahamkan telah dicer4ikan menerusi rakaman suara Farhan pada aplikasi WhatsApp.

Farhan sebelum itu telah menikahi seorang janda anak lapan, Dr. Erin di Tanah Suci Makkah.

Pada April 2020, Dr. Erin mengesahkan telah bercer4i dengan Farhan dan dipercayai telah merujuk semula dengan Fatin.
Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Fariha berusia 3 tahun dan Nik Farrel, 1 tahun.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : GEMPAK via applehijau