“Dulu sebelum peluk agama Islam, saya seperti tiada agama. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat & didengari – Stacy Kongsi Kisah Peluk Islam

Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami tercinta yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Mengimbas kembali saat dia mengucapkan dua kalimah syahadah enam tahun lalu di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Stacy memberitahu Akim banyak bercerita mengenai keindahan Islam yang begitu santai dan tidak terlalu berat.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, ia banyak menggerakkan hati ini untuk mengenali apa itu Islam dengan lebih dekat.

“Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang keluar dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” katanya.

Kata ibu kepada Bella De Luna Valentina, 8 tahun dan Eshaal Afiq Hakim,4 tahun itu, dia tidak menyangka hubungan rapat mereka itu telah membibitkan rasa cinta.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.

“Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” ujarnya ketika menjadi tetamu program bual bicara secara virtual, Bersama Tya.

Kata penyanyi lagu Aku Stacy itu lagi, antara detik paling bermakna yang masih terpahat dalam kotak memorinya ialah apabila orang tuanya turut hadir menemani saat dia memeluk Islam.

Bagaimanapun, detik bersejarah itu pernah menjadi bahan sensasi individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video dan proses pengislaman dirinya di media sosiaI.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu, tetapi selepas gambar dan video saya disebabkan tanpa kebenaran, adik-beradik dan saudara-mara jadi tahu dan agak kec0h ketika itu.

“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.

Tanpa berselindung, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasy4t sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah keputusan yang saya lakukan ini tepat atau sebaliknya.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Sampai saya rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.

“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi. Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” ungkapnya.

Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu, pukul 10 malam menerusi Instagram Live dan dimuat naik di saluran Youtube, Tya Ariffin.

Sumber UtusanTv

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini