“Duit boIeh cari, ibu inilah satu-satunya” – Chef Wan Sanggup ToIak Tawaran, S4kit K4nser Cik Ani Makin Merebak

Mungkin ramai warga maya yang mengetahui bahawa ibu cef selebriti Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.

Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun tinggal bersama. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Chef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Chef Wan mendedahkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog.

Menurut Chef Wan, program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.

“Pihak pengarah sebuah stesen tv berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjeIajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.

“Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” katanya.

Menurut Chef Wan, beliau berat hati untuk menerima tawaran tersebut. selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit k4nser payud4ra ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama.

“Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit k4nser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Chef Wan memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program pada bulan yang lain.

“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati hendak bekerja bukan? Jika lokasi dekat, satu jam atau dua jam penerbangan, bolehlah balik. Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya.

“Saya juga minta pihak stesen tv tersebut untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun. Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita inilah satu-satunya.

Duit bila-bila boleh dicari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” ujarnya lagi.

Tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan mendapat banyak respon warga maya. Ramai yang memuji keikhlasan beliau menjaga ibunya. Berikut antara komen-komen yang ditulis warga maya diruangan komen di Instagram.

– “Masya- Allah Chef Wan, anda memang anak mithali. Tabarakallah.Alhamdulillah.”

– “Alhamdulillaah ibumu benar-benar diberkati mempunyai anak lelaki yang soleh kerana sentiasa mengutamakan kebajikannya”

– “Anda menjadi contoh anak-anak di luar sana. Ibu adalah pintu syurga kita.”

– “Chef Wan, anda ada akhlak yang baik. Ibumu sangat beruntung memiliki anak sepertimu. Sentiasa ada ketika ssakit dan susah. Semoga Tuhan buka pintu rezeki dan juga beri kesihatan yang baik untuk kedua ibu dan anak. Tuhan memberkati.”

– “Alhamdulillah anda seorang anak yang baik.”

– “Ibu hanya satu. Ibu lebih penting dari duit.”

– Wang bukan segalanya yang anda boleh perolehi kemudian hari, tetapi ibu adalah keutamaan dan Insya-Allah syurga untuk anda.

Sumber IG Chef Wan

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini