Gara-gara T̷ak Dap̷at Disk̷aun Yuran Meng̷aji Rm5o, S̷anggup Bu̷at Begini Pada Gur̷u Meng̷aji

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki bersikap biadab terhadap seorang guru selepas gagal mendapatkan diskaun yuran mengaji anaknya sebanyak RM50 menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki bernama Adam Hussin memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan mesejnya bersama seorang individu yang mahu menghantar anak untuk mengikuti kelas mengaji yang dikendalikan beliau.

Menurut Adam, dia memaklumkan yuran kelas mengaji adalah RM50 sebulan, namun individu itu menganggapnya terlalu mahal dan memintanya supaya menerima bayaran seikhlas hati sambil mengeluarkan kata-kata yang biadab.

“Yuran Talaqqi al-Quran mahal. Malas mahu cakap banyak, adakah aku diuji atau dia diuji. Diakah yang kurang adab atau aku yang kurang sabar. Yang pasti moga kita semua tidak berkira demi agama. Ya, mungkin lah ini ujianku,” ujarnya di ruangan komen baru-baru ini.

Rata-rata pengguna laman Facebook mengecam tindakan individu itu kerana tidak menghormati guru selain bersikap kedekut terhadap ilmu agama memandangkan yuran yang dikenakan sudah berpatutan.

Bagi Izza Hanafe, yuran RM50 yang dikenakan adalah terlalu murah dan peningkatan itu adalah sedikit berbanding 15 tahun lalu.

“Saya dulu belajar mengaji dahulu ibu bapa bayar RM30. Itu harga 15 tahun lepas, sekarang kalau RM50 kira okey. Bagi pendapat saya sudah murah yuran tersebut,” katanya.

Tangkap layar menunjukkan perbualan Adam Hussin bersama individu yang bersikap biadab terhadapnya. Kredit : FB Adam Hussin

Muhd Yusri al-Jauzi pula berkata, dia geram melihat sikap biadab individu tersebut dan menyatakan yuran minimum kelas mengaji pada ketika ini adalah RM150 memandangkan pembukaan kelas mengaji memerlukan pelbagai kos.

“Berkira, tak beradab. Sekarang ini kelas mengaji paling murah RM150, RM50 tak tergamak aku nak bayar, murah sangat, biar bayar mahal, kita kena faham kos (operasi) buka kelas macam-macam perlu dibayar,” ujarnya.

Sumber:Satkobaviral

Pemil1k lega suspek curi p0kok viral bernilai RM50,000 dit4han polis, rupa-rupanya kat sini je dia jual

MINGGU lalu media sosial gempar seketika apabila seorang wanita memohon bantuan orang ramai bagi mencari individu yang didakwa mencuri tiga pokok kesayangannya bernilai RM50,000.

Maklumat terbaharu yang diterima menyatakan bahawa suspek telah berjaya ditahan pihak polis pada Rabu.

Pemilik pokok berkenaan, Rus Majida Hassan bagaimanapun berkata, nasib ketiga-tiga pokok kesayangannya iaitu Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon masih tidak diketahui.

“Polis sudah tahan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Buat masa ni saya belum dapat maklumat keadaan pokok macam mana,” katanya ketika dihubungi mStar, Khamis.

Lega apabila dimaklumkan mengenai penahanan suspek terbabit, wanita berusia 34 tahun itu berharap agar kes tersebut dapat diselesai dengan segera serta pencuri dikenakan hukuman yang setimpal.

Pokok Monstera yang dicuri manakala (kiri) dan pasu kosong yang ditinggalkan pencuri.
“Saya rasa lega sebab kes ni dah hampir selesai dan polis berjaya dapatkan bukti-bukti kes untuk tindakan susulan.

“Harapan saya cuma nak kes ni diselesaikan dengan segera dan pencuri dijatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain yang ada niat untuk lakukan aktiviti yang sama

“Kes curi pokok makin menjadi-jadi sekarang ni,” jelasnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mStar mengesahkan penangkapan tersebut.

Katanya, dua orang suspek yang ditahan bertindak menjual serta membenarkan akaunnya digunakan (keldai akaun) bagi proses jual beli pokok berkenaan secara dalam talian.

Polis bagaimanapun sedang mengesan suspek utama kes kecurian pokok itu.

Katanya, suspek berjaya dikesan kerana mempromosikan pokok-pokok tersebut secara dalam talian.

“Kita sedang mengesan suspek utama, iaitu individu yang mencuri pokok terbabit.

“Dua orang suspek yang ditahan adalah individu yang menjualnya serta seorang lagi individu yang membenarkan akaunnya digunakan bagi membolehkan transaksi jual beli secara dalam talian berlaku

“Suspek pertama mengaku membuat iklan untuk jual pokok tersebut di Facebook dan hantar kepada pelanggan menggunakan J&T, manakala suspek kedua menerima bayaran RM3,500 daripada pelanggan,” katanya.

Menurut Suffian, polis percaya bahawa pokok berkenaan masih ada dengan pembeli dan usaha kini sedang dijalankan untuk mengesannya.

Kertas siasatan dibuka pada 13 September di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan.

mStar pada minggu lalu melaporkan kisah Rus Majida yang kehilangan pokok jenis Monstera yang dijaganya hampir tiga tahun.

Menurut Rus Majida, pokok tersebut agak sukar untuk didapati di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri juga sangat sukar untuk didapati.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini