Disind̷ir Gar̷a-Gara Pasuk̷an JDT Kal̷ah, TMJ Bagi Pesan̷an ‘Makan Dal̷am’ Buat Indiv̷idu Ini

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC sebagai juara Piala Malaysia edisi ke 100 menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi terus mendapat tumpuan sehingga ke hari ini.

Malah, ada segelintir warganet dilihat sengaja menyindir kekaIahan pasukan JDT dan mentertawakan kelab yang dianggap sebagai ‘High Class’ ini.

Tidak habis di situ, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @khairizulfadhli dilihat bertindak mentertawakan pasukan JDT sambil meninggaIkan ucapan sinisnya di ruangan komen.

Justeru itu, tindakan berani pemuda ini nampaknya dibalas dengan kata-kata ‘makan dalam’ oleh Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapannya di Twitter.

Bagaimanapun, TMJ dilihat turut mengucapkan tahniah buat pasukan KL City diatas kemenangan pasukan tersebut pada malam tadi menerusi hantaran di laman Insta Story miliknya.

Pada perlawanan malam tadi KL City berjaya mengakhiri penantian 32 tahun bergeIar juara Piala Malaysia dengan menewaskan JDT 2-0.

Gol berkenaan berjaya dijaringkan pemain sayap KL City Zharif Yahya sebelum Paulo Josue menambah der!ta JDT untuk jaringan kedua untuk skuad The City Boy.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber dipetik dari Xtra, Twitter, Instagram | Via Mytv Viral