Disebabkan Duduk Berjauh4n, lbu Kerja FrontIiner Terp4ksa Pos Susu Bad4n Untuk Anak KeciI [VIDEO]

Sejak berlakunya PKP penuh, banyak sektor tidak dibenarkan beroperasi dan ada juga yang terpaksa untuk bekerja dari rumah. Agak mencabar lebih lagi bagi suami isteri yang mempunyai anak kecil untuk dijaga, tapi mereka masih dapat melihat anak mereka.

Namun ada juga yang terpaksa berjauhan dari keluarga, buat berbulan-bulan kerana tugasan sebagai frontliner. Tapi itu tidak menghalang seseorang itu untuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu atau ayah.

Video:

Kerja jauh dari keluarga

Betullah seorang ibu tu sanggup buat apa saja untuk anaknya seperti kisah yang tular baru-baru ini di TikTok.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita melalui akaun TikToknya, di mana dia yang merupakan seorang jurur4wat berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.

Dia yang bertugas di Johor terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anaknya yang masih kecil di Terengganu kerana komitmen kerja dan larangan untuk merentas negeri yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Namun apa yang menjadi perhatian, Amirah menceritakan bahawa dia terpaksa mengepos stok susu badan untuk anaknya. Dengan kemudahan yang ada, dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat bas ekspres supaya bekalan tersebut cepat sampai ke destinasi.

Walaupun sedih kerana terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama, Amirah menzahirkan rasa syukur kerana suaminya selalu menolong menguruskan kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

“Demi anak apa pun sanggup buat”

Menjengah ke ruangan komen postingnya itu, rata-rata ramai tersentuh dengan pengorbanan Amirah yang terpaksa berjauhan dengan anak yang masih kecil. Selain itu ramai turut mendoakannya supaya dipermudahkan segala urusan sebagai frontliner dan sebagai seorang ibu.

Semoga para frontliner yang ada anak-anak kecil ini terus tabah. Sama-sama kita jaga diri dalam usaha untuk mengurangkan kes harian Cov1d-19 ini

SUmber : Lobak Merah Via newsviral.rimbabara

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini