“Diri Sendiri Struggle Masih Kuat Menol0ng 0rang” Makcik Jual Air Terus Sedekah Segelas, Kerana Pemuda Kehausan Minta Air Tak Bawa Duit

Seorang makcik yang menjual air di tepi jalan tersebut dengan senangnya memberi dan sedekahkan kepada pemuda tersebut kerana kehausan minta air, tapi tak bawa duit. Dalam pada itu, pemuda tersebut turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat membayar air tersebut kerana dompetnya tertinggal.

Biarpun setelah mendengar kenyataan pemuda, makcik itu tidak kisah malah dia terus menyediakan segelas air untuk memberikan kepada pemuda terbabit.

@hanifasyraf1

Sedekah ketika sempit (miskin) sebaik-baik perbuatan ❤️ #sedekah #malaysia #indonesia

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

Menurut pemuda berkenaan, dia melihat pakaian makcik itu sudah koyak di sana-sini dan sudah tentu sahaja perniagaannya juga terjejas di saat pandemik ini.

Bagaimanapun, dia sedikit pun tidak lokek untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan insan yang memerlukan.

@hanifasyraf1

GEMBIRA JE MAKCIK NI LEPAS KENA PRANK 🤪 InsyaAllah nti kita dtg pulak kt mkcik ni , kita update dkt Youtube👏🏻

♬ original sound – Melisa Hartanto – Melisa Hart

Difahamkan lagi, video itu hanyalah sekadar lakonan dan di pengakhirannya pemuda itu membayar air tersebut serta memberikan hadiah telekung kepada makcik berhati mulia terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak menyaksikan perkongsian berkenaan. Dalam pada itu, mereka mendoakan agar makcik itu dimurahkan rezeki.

Sumber: Siakap Keli

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini