Dikenali Sebagai Pusat Penyebaran IsIam, Terdapat Banyak Masjid Di Perkampungan Melayu Warna Warni Di Afrika Selatan Ini

Cape Town salah satu ibu kota di Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai tumpuan pelancong, selain sinonim dengan kisah Nelson Mandela. Di sini juga wujudnya sebuah perkampungan yang berusia lebih 300 tahun. Apa yang uniknya, perkampungan ini berwarna warni.

Dikenali sebagai Bo-kaap, kampung ini telah wujud sekitar awal abad ke 17. Difahamkan ia dibuka oleh sebuah syarikat perdagangan Belanda, Dµcth East India Company atau juga dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB).

Pada asalnya, SHTB membuka perkampungan ini sebagai penempatan bagi golongan h4mba dan tahanan p0litik dari wilayah yang dikuasai mereka iaitu Nusantara.

Bermula dari proses pemindahan ini, golongan tersebut mula berkembang kepada satu komuniti kecil dan menjadi lebih ramai seiring dengan peredaran zaman. Pada masa yang sama, mereka ini menjadi perintis pertama kepada pembukaan satu-satunya perkampungan Melayu di wilayah Cape Town.

Dari tahun 1652 hingga 1808, seramai 4890 orang buangan yang terdiri daripada hamba dan tahanan politik telah dibawa ke Cape Town. Daripada jumlah keseluruhan itu, dianggarkan seramai 1033 berasal dari Kepulauan Melayu.

Meskipun penempatan ini sebuah perkampungan Melayu, kebanyakan penduduk di Bo-kaap zaman sekarang tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda nenek moyang mereka.

Penduduk di sini mahir dalam seni pertukangan seperti pembuatan kasut, perabot, industri tekstil dan pembinaan.

Turut digelar The Malay Quarter, perkampungan ini memiliki keunikan tersendiri. Hampir keseluruhan deretan kediaman di sini dipenuhi pelbagai warna.

Setiap unit rumah pula tidak akan menggunakan pemilihan warna sama sehingga membentuk satu kombinasi warna yang menarik. Antara warna cat yang sering digunakan adalah, kuning, oren, hijau, biru, ungu, kelabu dan merah jambu.

Lantaran keadaan itu, penempatan Melayu yang wujud di Afrika Selatan ini juga dikenali sebagai perkampungan warna-warni. Ia turut menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Cape Town.

Sebenarnya tidak ada faktor khusus mengapa kediaman di kampung ini kelihatan berwarna-warni. Melalui perbincangan di alam maya, ramai yang mengemukakan pendapat secara peribadi.

Mengikut laman sembang Answerit.news24.com, ramai tertarik dengan keunikan kampung berkenaan dan tidak kurang juga mengemukakan pelbagai andaian. Antaranya, sebagai subjek untuk menarik perhatian para pelancong dari luar, mudah dikenali, masyarakat yang sukakan warna-warni dan sebagainya.

Terdapat juga pendapat yang mengaitkan pengaruh seni bina Belanda sebagai sebab utama mengapa kediaman di kampung itu dicat dengan pelbagai warna.

Sebuah tapak bersejarah yang terletak di bandar Curacao, Belanda, terdapat sebuah pelabuhan lama yang dikenali sebagai Willemstad. Difahamkan, struktur dan warna binaan ini memiliki persamaan dengan kediaman di perkampungan Bo-Kaap ini.

Selain keunikan warna-warninya, perkampungan ini turut terkenal sebagai pusat penyebaran agama Islam di Afrika Selatan. Buktinya, terdapat 11 buah masjid telah dibina termasuk masjid tertua di kampung ini iaitu Auwal yang dibina pada 1798. Seperti di Malaysia, majoriti penduduk di sini mengikut ajaran mazhab Imam Syafie.

Kewujudan kediaman berwarna-warni bukan sahaja dapat dilihat di Cape Town. Ia juga terdapat di beberapa lokasi lain seperti Riomaggiore (Itali), La Boca (Argentina), Wroclaw (Poland), Longyearbyen (Norway), Nyhavn Copenhengen (Denmark), Guanajuato (Mexico), Lima (Peru) dan Bryggen (Norway).

Sumber Infiniti

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini