(Video) Diduga Pada Usia Muda, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Hidup Bersama K4nser Limf0ma

Mengetahui diri menghidapi k4nser pada usia muda bukan satu perkara yang mudah untuk diterima, tambahan pula diri tinggal sebatang kara tanpa mak dan ayah.

Bagi tuan empunya diri, Wan Nur Nishabella Wan Mohd Swardy, 23, pertama kali diberitahu terpaksa hidup dengan k4nser limf0ma pada April 2018, ia adalah berita yang terlalu perit untuk ditelan bersendirian.

Namun, anak jati dari Terengganu ini tabah menguatkan diri untuk menerima kenyataan walaupun ia sµkar.

“Dalam fikiran ketika itu hanya memikirkan dugaan orang lain yang lebih berat, ada yang tak ada duit untuk rawatan. Alhamdulillah setakat ini Nisha okay,” katanya.

Menurut pelajar Diploma Farmasi, Universiti Wildad, Kuantan, Pahang itu, dia terpaksa menangguhkan pengajiannya sehingga kini disebabkan peny4kit yang dihadapinya itu.

Menceritakan balik pengalaman sebelum disahkan menghidapi k4nser limf0ma, Nur Nishabella berkata, semuanya bermula apabila dirinya demam, batµk dan kemudian bengk4k pada bahagian leher.

Ujarnya, dia juga kerap berpeluh terutamanya ketika waktu malam.

“Lepas itu buat keputusan untuk ke klinik. Selepas makan ubat beberapa hari masih tidak berubah dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya.

Selepas dua minggu, Nur Nishabella terpaksa menerima kenyataan dirinya ada k4nser limf0ma.

Kisah dirinya itu turut dikongsi di media sosi4l bagi memberi dorongan kepada pes4kit lain yang senasib dengannya.

Rata-rata pengikut akaun media sosi4lnya memberi kata-kata semangat dan memuji perkongsian mengenai peny4kit yang dihadapi.

@nishabella_

Reply to @nurhidayahyusop lain org lain symptom tau, takecare!🤗

♬ Surrender – Natalie Taylor

“Semoga Nisha terus kuat dan Nisha boleh. Ramai orang sayang Nisha. Jangan pernah mengalah” ujar @hajjrizah dalam ruangan komen video yang dikongsikan oleh Nisha.

Menurut Nisha adik-adik, atuk dan neneknya merupakan sumber kekuatan untuk terus kuat melawan peny4kit yang dihadapinya.

“Fikir family,adik, memang nak sihat untuk diri sendiri juga, kalau kita tak law4n siapa nak lawan untuk kita. Kena kuat sebab nak habiskan belajar, nak kerja dan ada kehidupan macam orang lain juga” kata Nisha.

Video yang dimuat naik oleh Nisha di akaun TikT0knya dengan kapsyen “World C4ncer Day” telah meraih perhatian warga maya yang dikatakan memberikan inspirasi kepada pes4kit k4nser lain untuk terus berjµang.

Kini Nur Nishabella dalam proses pemulihan selepas melakukan rawatan sel stem yang diterima daripada adik bongsunya.

Sumber Berita

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini