Dibenar Rentas Daerah Jika Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa, kelonggaran untuk merentas daerah ini adalah bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos suntikan vaksin.

Menurutnya, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

“Dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka. Kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.” Katanya ketika melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, hari ini.

Bagaimanapun, kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin C0VID-19 akan diput0skan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan. – Sumber dipetik dari Xtra, Bernama

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini