“Dia Sangat2 Berterimakasih”- Sebak Makcik Ni Sangat Terharu Bila Ramai Datang Membantu Bersihkan Rumahnya..

Bagi mereka yang menjadi mangsa kepada bencana banjir baru-baru ini, tugas membersihkan rumah daripada kerosakan bukanlah satu kerja mudah dan tak mampu dilakukan seorang diri.

Perkara inilah yang dilalui oleh seorang wanita yang tinggal di Batu 23 Hulu Langat apabila dia mengalami kesukaran dalam membersihkan rumahnya dan mengharap bantuan sukarelawan yang datang ke kawasan itu.

“Maaf cik, kami tak cukup masa untuk kemaskan semuanya…”

Menerusi perkongsian seorang sukarelawan @e_pull di Twitter, mereka pada awalnya tiada perancangan untuk ke rumah makcik tersebut, namun kerana kebetulan lalu di lorong tersebut mereka pun bertanya jika wanita itu memerlukan bantuan.

Lalu tanpa berfikir panjang, kumpulan sukarelawan itu membersihkan rumah wanita berkenaan, namun tak dapat selesaikannya dengan sempurna kerana kekurangan masa.

Wanita berkenaan walau bagaimanapun sangat terharu dengan bantuan yang diberikan dan menangis saat pasukan sukarelawan itu meninggalkannya untuk menuju ke destinasi lain.

Difahamkan makcik tersebut sudah berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata.

“Rumah makcik ni memang betul2 mencabar”

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan nasib makcik berkenaan yang tidak mampu membersihkan rumahnya seorang diri.

Menurut salah seorang netizen, dia yang juga sukarelawan mengakui mengalami kesukaran dalam membersihkan rumah wanita itu kerana selut di kawasan itu terlalu tebal.

Sama seperti pemilik tweet, mereka tidak dapat membersihkan keseluruhan rumah dan hanya dapat lakukan sebahagian darinya sahaja. Allah.. kesiannya.

Apa-apapun menerusi tweet itu sudah ada ramai sukarelawan yang bertanyakan lokasi rumah wanita terbabit kerana ingin menghulurkan bantuan. Bagi korang yang nak turun membantu boleh rujuk koordinat yang dinyatakan pemilik tweet di atas.

Video Klik Disini

Semoga korang dapat pahala besar dan dimurahkan rezeki kerana bantu orang dalam kesusahan seperti makcik ni.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini